Saturday, February 2, 2013

TANYALAH USTAZ

INTI PATI TANYALAH USTAZ ZAHZAN :

1.  APABILA KITA DITIMPA MUSIBAH, BERBICARALAH DENGAN ALLAH DAN JANGAN TERLAMPAU SUKA BERBICARA DENGAN MANUSIA KERANA TERDAPAT DUA GOLONGAN MANUSIA YANG BERADA DI LUAR SANA :
1.1  YANG AKAN BERSIMPATI DENGAN MUSIBAH YANG KITA TERIMA
1.2  YANG AKAN BERGEMBIRA DENGAN MUSIBAH YANG KITA TERIMA DAN MEREKA BERPURA-PURA BERSIMPATI DENGAN KITA.

2.  APABILA KITA DITIMPA MUSIBAH, BERDOALAH KEPADA ALLAH DAN REDHO DENGAN APA YANG TELAH ALLAH BERIKAN. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU KENAPA DIA MENURUNKAN MUSIBAH TERSEBUT. BERDOALAH AGAR MUSIBAH ITU SEBAGAI PENEBUS DOSA (SEBAGAI KAFARAH).

3.  MUNGKIN SELEPAS MUSIBAH TERSEBUT ALLAH AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG ADA SEKARANG.

4.  JANGAN SAMA SEKALI BERPUTUS ASA DAN BERPUTUS HARAP KEPADA RAHMAT ALLAH. JANGANLAH SAMA SEKALI BERSANGKA BURUK KEPADA APA YANG ALLAH TURUNKAN KEPADA KITA KERANA DIA TAHU APA YANG PALING TERBAIK KEPADA KITA.


5.  PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MEMPERKENANKAN SEMUA YANG KITA HARAPKAN SUPAYA KITA TIDAK MUDAH BERASA TAKBUR DAN EGO SEHINGGA MENYEBABKAN KITA AKAN LEBIH JAUH DARIPADA ALLAH.

Alamak Ustaz Zahzan, saya lupa doalah hari ni......

 

No comments:

Post a Comment