Thursday, January 10, 2013

Al Fatihah - Kematian 1

Pagi ni sebelum nak solat Subuh aku terima SMS memaklumkan isteri rakanku pulang ke rahmatullah. Baru smlm dapat cerita rakanku minta cuti panjang nak jaga isteri yg sakit kanser pagi ni dapat tau plak isteri dia mninggal. Hebat rakanku sebab tidak pernah bercerita tentang ksusahan diri dia. Dia redho dengan ketentuan Allah.

Masjid di mana tempat arwah disolatkan.
  Mulanya aku tak nak pergi sebab jauh beratus km dan aku takut boss tak kasi pergi. Tapi biler member ajak pi aku pun amek keputusan nak pi ziarah . Rasanya tak salah kalau kita pi mlawat sebab kita tak tau biler turn kiter nanti kang tak der orang plak nak ziarah. Jauh pun tak per ler sebab ader rakan buat bersembang.  So aku hantar text pader boss nak minta half day dan within 10 monitues dia cakap ok. So aku amek member kitaorang pi breakfast dulu and then speed ke sabak bernam. Naseb baek member aku ni orang Kuala Selangor so dia tau ler jalan short gut ke Sabak Bernam.

Masjid mulai dibanjiri oleh para jemaah yang datang ingin solat jenazah.

Sampai jer kat saner kami dimaklumkan bahawa jenazah dah nak bergerak ke masjid so kami diarahkan ke masjid sahaja. Awal gak mereka siapkan jenazah maybe nak kejar nak solat Jumaat. Hebat arwah ni kan, meninggal pagi Jumaat dan semua kerja dipermudahkan untuk dia berjumpa Khaliqnya. Mungkin arwah redho dgn penyakit yang Allah berikan kepadanya dan sebab itu Allah permudahkan segala urusan.

Yang aku takjub sangat apabila mulai pukul 10.30 pagi, orang ramai mulai membanjiri masjid. Macam dah nak solat Jumaat. Ya Allah ramainya orang yang hadir dari seluruh pelusuk daerah dan kampung. Oleh kerana suami arwah pernah bertugas di jabatan; ramai juga orang jabatan yang turun katanya. Hebat ya, agaknya apalah amalan arwah. Kalau nak kira, sekali imbas aku lihat ada 9 baris yang solatkan arwah. Dari kiri dan ke kanan, rapat. Agaknya 200 -300 orang yang solatkan dia.
Jemaah sedang menanti kehadiran jenazah.

Apa yang terharu, apabila van jenazah sampai, aku lihat sahabat aku turun dari dalam kereta jenazah. Dalam hati, aku ingin ucapkan takziah kepada beliau. Tapi apabila dia nampak aja aku; ayat pertama yang keluar daripada mulutnya ialah:

"Ya Allah, sahabat baikku dari jauh pun sanggup datang..."
Jemaah sedang memberi ucap takziah kepada rakanku.

Lidah aku kelu. Aku hanya dapat peluk dia  tanpa mengeluarkan sebarang perkatan. Tapi di dalam hatiku ini aku berdoa agar beliau diberi kekuatan untuk menerima ujian Allah dan semoga arwah isterinya ditempatkan tempat orang yang soleh. Amin ya Allah.

Air mengalir lesu seakan-akan mengerti kesidihan sahabatku....

 

No comments:

Post a Comment