Semalam
ialah hari aku terasa riak….berdosa ler plak tapi dah nak buat camner. Semalam
aku pakai baju baru pi opis. Semua orang tegur sebab aku punya baju striking
sangat. Ader kater tak padan ngan umur. Ader kater kain ok. Ader kater dari
jauh baju cam basah kena hujan dan ader kater patern cantek. Dan ader kater
baju yang aku pakai keterlaluan.
Hmmm...striking sangat ke baju ni???? |
Apa yang
penting, seperti aper yang aku cakap ngan kawan aku maser aku pi umah dia kat
Baling apabila dia tanya napa aku sekarang dah berubah banyak sangat…
Aku jawab sket jer ....
“Sekarang
aku nak pakai apa sahaja yang aku nak pakai. Kalau dulu aku tak ada duit nak
beli apa yang aku teringin nak beli, tak
kan apabila Allah dah berikan aku nikmat sedikit ; aku tak boleh beli apa yang
aku teringin nak beli yang pada suatu masa dahulu aku amat impikan nak
membelinya”
Perghh…itulah
kata-kata orang yang mula nak mengenal dunia….He2
No comments:
Post a Comment