Happy birthday to me….Ha2…hari ni 18
September 2012 ini bermakna it is almost one month I celebrated my birthday. Pelik
ya naper dah dekat satu bulan baru nak cerita pasal birthday. Sebenornye nak
citer pasal rasa ralat saya tentang sambutan birthday. Nak dengor citer ker???
Hadiah belum bukak lagi. |
Tahun ni birthday saya disambut dalam bulan
Syawal; 24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal dan pada hari itu saya start balik
bekerja selepas 6 hari cuti raya. Tahun ni plak saya rajin, raya kedua dah
start pose Syawal sebab dah target hari Ahad tu nak celebrate birthday. Harap2
tahun ni ramailah orang wish birthday pada saya ….hmmm kalau last year ramai
orang wish sebab saya ada account fb, jadi semua orang tau my birthday.
Birthday card from my beloved wife... |
Tepat pukul 12 tengah malam, first sms
masuk wish birthday ….dari BN, pagi esoknya sms kedua masuk dari member Sarala….next
daripada anak murid (tapi tak tau siapa namer). Lepas tu tak der saper pun wish
…..hu…hu…hu…betol2 terasa sebab selama ni biler birthday adik beradik ke,
member baik ker….saya lah orang yang wish atau ingatkan adik beradik untuk wish
kepada yang celebrate.
Ruang tamu tempat saya bukak hadiah... |
Abah ngan mak pun tak tak wish gak cam selalu….orang
umah pun tak wish (dia luper ker…) …adik kat opis pun tak wish…..hu2. Alhamdulillah, dalam rasa kesedihan sebab tak
der orang wish, balik umah jer tgk orang umah dah tunggu dengan hadiah. Kelako
gak hadiah yang saya dapat tahun ni, baju, kad dan wall drill….ha2
Hadiah birthday saya tahun ni... |
Cukup seminggu, tetap adik beradik memang
dah luper birthday saya….dan maser tgh ziarah sedara mara, orang umah hint lah
pasal birthday saya….barulah adik pompuan dgn mak perasan yang birthday saya
dah lepas….the rest still tak wish apa2….
Ayah Aiman antara wish saya tahun ni.... |
Anyway, this year walaupun paling teruk
dalam sejarah hidup orang tak wish namun byk yang saya pelajari tentang
kehidupan…ada benda yang kadang kiter ingat sgt penting dan dan mempunyai nilai sentimental; namun ianya
tidak sama dengan orang lain.
Beshnyer kalau ader orang nak bagi hadiah ni... |
Pada saya, hadiah bukanlah suatu benda yang
penting tetapi ucapan yang kita zahirkan kepada sesorang adalah suatu tanda
ingatan kita dan di mana kita letakkan seseorang itu di hati kita. Sebab itu,
saya suka hantar wish birthday kepada orang yang saya sayangi sebaik sahaja jam
menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.
Calculator tu bukan hadiah ya.... |
Ingatan dan ucapan yang diberikan
sebenarnya tanda kita meletakkan orang itu sebagai keluarga, rakan, guru atau
insan yang mempunyai seribu makna kepada diri kita.
Tahun ni x der kek birthday... |
Kesimpulan saya cukup mudah….saya beritahu
orang umah saya…apabila ramai orang tak wish kita, kita sebenarnya tiada apa
erti dan kita harus muhasabah diri sejauh mana erti kekeluargaan serta
persahabatan antara kita dan mereka yang kita nantikan wishnyer. Benar antara
maxim yang saya pegang, jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti
kerana jika terlalu mengharap akan kecewa.
Pada kelab kebajikan yang bagi hadiah jam,
thanks sebab biler tengok jam yang saya letakkan di dapur, terubat sedikit
kesedihan kerana pada tahun ini hanya 7 orang yang ingat my birthday…
Persoalannya, perlukan saya meneruskan
tradisi saya wish pada orang atau sudah cukuplah apa yang telah saya buat
selama ini …..
No comments:
Post a Comment