Ntah??? Dulu masa aku nak mula buat blog, orang gelakkan aku. Ko mana ada masa... Aku dengan sombongnya jawab, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.
Mana ada orang nak baca ko punya blog...
Aku cakap le, sapa plak yang nak suruh orang lain baca. Aku anggap blog ni macam diary aku, cuma dia ditulis di alam maya. Orang umah aku pun aku tak bagi alamat. Hopss sorry.
I told her, my blog is my my privacy. Boss aku kat opis nak minta alamat pun aku tak bagi. Tak bleh beb, sebab dalam blog ni le kita nak kutuk orang ke, kutuk orang rumah ke atau kutuk apa-apa je, but you must have your own responsibility and accountability for whatever article written.
Ikutkan dulu aku ni rajin gak menulis. Kat sekolah dulu, pernah dapat tempat johan menulis cerpen cerita agama peringkat Negeri Sembilan. Tempat kedua pertandingan menulis cerpen peringkat SBP, tahun 1987. Tapi yang aku tak bleh lupa, khas untuk ambil hadiah pertandingan tu, simpan duit scholarship. Biasiswa Kecil Persekutuan, sanggup tak makan sebab nak beli baju kemeja Biru jenis Padini. Ooop, sloa tak de, I've to borrow from Bad Leng (thanks Bad for lending me your blue trousers eventhough your trousers tu btoi-btoi hanging - atas buku lali. ). During my school year, aku bukannya anak orang loaded. Every month, my father will sent money order, paling banyak pun RM 25. Itule yang aku rolling untuk hidup selama sebulan, (nanti aku cerita siksanya hidup aku kat asrama sehingga sekarang ia membentuk aku menjadi manusia yang paling kedekut dalam dunia - kata orang umah aku) He... he... he cakap gitu sebab everytime makan kat luar, dia je kena bayar, aku tukang kira ang then merungut kedai tu cekik darah. Aku cakap le, orang umah aku tak hisap rokok, sebab tu dia kaya. Nanti dia senyap le, lagipun aku pun tak hisap rokok tapi aku suka beli magazines or books (bacanye tidak).
Back to the memory.... Malam tu dressing gila le sebab selalunya kami kalau dinner, kena pakai baju Melayu warna biru, sloa hitam (yang baunya mak ai) pasai aku hanya ada satu baju Melayu biru dan satu sloa hitam. Kalau nak basuh pun kena basuh hari Khamis sebab malam tu selalunya tak yah pakai baju biru (pakai baju Melayu dengan kain pelikat) sebab makan sebelum Maghrib, nak baca Yassin da...
Rupanya malam tu baru aku tau aku kalah dengan budak "Katak". Hadiah disampaikan oleh Pengetua "KataK" (dulu kami panggey depa Katak - pasal aper jangan tanyer sebab senior pun panggey gitu, so aku pun ikut gak) Aku dengar dia dapat duit RM 300. Aku naib johan, dapat RM 250.00 dan tempat ketiga dengarnya RM 200.00 - budak STF. Balik bilik, buka le kotak hadiah, korang tahu aper isi... kotak underwear Depi. Tkjot aku dibuatnya, aku pun pi tanya cikgu " " (lupa plak nama dia). Dia cakap, penganjur cabut lari dan tak nak bayar hadiah pemenang. Johan yang dapat tu pun guna duit dia. Budak STF tak dapat datang, jadi selamat le. Mak ai terduduk aku dibuatnya, hancur lebor harapan. Sampai sekarang duit tu tak pernah aku tengok batang hidung. Ingat nak ganti balik duit biasiswa yang aku gunakan sebab tu le duit nak buat makan sepanjang SPM.
Malam tu, dengan poyonye, aku pun basuh le baju Padini kesayangan ku (beli kat Wisma Punca Emas - ada lagi ke bangunan tu). Aku jemur kat belakang Blok D (Bendahara). Balik sekolah esok, lebor. Hangen satu badan aku dibuatnya, ada kutu rembat baju yang pertama kali dalam hidup aku beli (rega RM 49.90) mahal beb tahun 87.
Tapi akhirnya aku tau gak sapa yang rembat, ntah betoi atau tidak aku tak tau. Katanya masa check kat Immegresen di L terbang Subang, budak-budak yang sekapal dengannya ternampak banyak baju, sloa (termasuk baju aku) dalam beg dia. Mak ai, dari Blok Temenggong bleh menyusur kat blok Bendahara; jauh tu. Aku tau ni pun lepas member aku sampai kat Sarawak tulis surat kat aku. Tak pe le aku halalkan, mungkin dia nak bagi kat ayah dia atau abang dia. (Dengar khabo dia sekarang kat oversea; keje PTD; kat kedutaan).
Anyway, tahun 2004, tahun manis aku. Bila drama aku terpilih oleh pihak Astro sebagai drama raya. Ok le, dapat gak belakon sebagai artis cameo dalam drama Hari Raya. Dapat le kloa dalam 15 saat ... he... he... he. Salah satu syarat yang perlu aku patuhi jika aku nak bawa balik hadiah kemenangan berjumlah RM 10, 000. Mewah beb;
Oleh sebab aku dah dapat 10k, aku halalkan le duit yang patut aku terima tahun 1987. Halal!!!
No comments:
Post a Comment