Thursday, January 3, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Gaya Stress Tahun 2012
Gaya Macho cam En. Aris tengah cari Iza yang nyorok belakang batu tepi pantai...
Dah dekat seminggu tak on line @ bukak blog sebab hujung tahun dgn awal tahun yang hectic giler khinzir padahal khinzir pun tak giler cam tu.... (perghh...kalu kcek2 dulu cakap Bab 1...sah dah kena minyak cak kapak kat mulut). Sekali aku bukak tetiba nampak ader sorang dah jadi member aku....maknanya dah ader 3 orang jadi member.....ahak2. Tengokler...member yang ke-50 aku akan post hadiah misteri....he2

Saturday, December 22, 2012

Hi Tea 2012

Sekarang aku on the way balik dari Majlis Hi Tea sekolah orang umah. Actuallynya majlus itu dibuat bagi meraikan 30 orang murid sekolah mereka yang dapat 5A dalam UPSR yang lepas. Orang umah kena pi sebab dia salah seorang guru tahun 6. Oleh sebab dia tak mahu pi sorang, maka dia pun bayokan duit Hi Tea aku sebanyak RM 50.
Pokok Krismas kat depan foyer...maser ni tgh tercangak2 cari tempat makan...

 Kalau nak ikutkan memang malas nak pergi sebab baru balik dari bercuti di kampung dan bercuti di Marina Pangkor Lumut. Badan masih letih lg tapi nak teman org umah punya pasal kira ok jer. Anyway tak nyesal gak pi sebab makanan dia ok. Layanan dia pun istimewa. Yang aku suka, cara staff dia sambut, pakaian mereka amat kemas, cara mereka nak angkat pinggan...minta kebenaran dahulu dan sentiasa ucapkan terima kasih. It is quite different maser aku kat Lumut...hotel tu namer jer 4 Stars....staff dia punyer muka....cam jeruk cili, terpaksa panggil nak kinta clear pinggan, makanan terpaksa tunggu mereka nak isi dan satu yang aku pelik, staff yang buat scramble egg punya pakaian, habis terpercik dengan cili boh pun still dia punya F&B manager tak tegur....hmmmm....

Keadaan dalam tempat makan....Yang besh...staff depa well groom..
 
Mulanya cakap dalam hati, jangan makan banyak, jaga kolestrol, jaga berat badan. Hmm...dah pekena sepinggan sphageti, amek plak lasagna, amek plak sup oxtail, amek plak puding, amek plak ntah aper-aper. Akhirnya sampai ke malam perut senak penuh ngan makanan. Naik sendat perut dibuatnya. Ha...ha... ha... azam tahun depan nak kurang makan kot????

OTW balik lepas kekenyangan makan Hi-Tea...


Friday, December 21, 2012

Pertukaran guru 1 Januari 2012 - Part 5

Hmmm hari ni mesyuarat rayuan pertukaran guru bagi 1 Januari 2012, tapi aku x hadir pada hari ini sebab aku masih kat Kuala Kangsar amek orang umah. Aku dah telefon ornag jabatan nak minta buat kelulusan rayuan pertukaran dari pekan Kuala sebab kat kampung orang umah aku x der line langsung. Alhamdulillah, rupanya hanya sorang jer yang lulus masuk ke daerah aku.

Apabila aku tanya opsyen aper, pendidikan Moral hmmmm aku bagitau aku dah terlebih pend moral. Dalam maser yang samer sekolah yang dimohon telah terlebih 3 orang plak yang aku berhajat nak rede secara paksa pada bulan pertengahan Januari ni. Korang ingat kalu aku luluskan dia masuk ke sekolah tu lepas tu rede 4 orang kloa ke sekolah laen, cikgu yang kena rede boley dok diam tak. So jadi sebelum aku kena karate dengan cikgu yang kena rede lebey baek aku tak terima cikgu. Semoga korang faham naper aku x bley trima cikgu yang merayu masuk ke daerah aku..... Amin!

Wednesday, December 19, 2012

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 4

Hmmm...pagi ni aku terima sms daripada boss bagitau sok pagi kami ader mesyuarat kat JP. Dia maklumkan bahawa transfer order rayuan dah kloa jadi kami boleh buat penempatan untuk guru-guru yang diluluskan masuk ke negeri ini. Pergh.... camner ni.Kalau korang nak tau maser sms itu dihantar dan maser aku tengah menaip ni aku berada di dalam coach M7 dalam perjalanan balik ke kampung untuk amek orang rumah aku.
My first school right after finished my college year...
  Sok plak tu....aduyai camner ni. Dah ler aku dah tempah hotel kat Lumut. Tak check in terbang ler duit aku. Tak pergi camner nak masukkan cikgu kat district aku. Ramai plak yang nak guna sebab jumlah murid pindah masuk naik mendadak plak sepanjang cuti ni. Sekolah dah merungut nak kan cikgu sebab dalam jadual PK hanya bubuh Cikgu X, Cikgu Y, Cikgu Z.


I've booked this hotel for my vacation
Otak tengah ligat ni cara nak bagi excuse sebab x mau pergi mesyurat tapi dalam masa yang samer nak gak cikgu. Hmmm....aku raser aku nak gunakan cara secara atas line sahaja kot. Hope so esok boleh refer melalui e-mel sahaja kot. Kalau ler sok dapat cikgu Geog, Sejarah, BM, TESL ngan PPKI mesti best sangat. Tengah pening sb bukan opsyen ajar subjek-subjek ni. Ari tu ader yang datang merayu tapi semua subjek yang berlambak-lambak kat daerah aku.


Staying here feels like having vacation at Australi he...he...he
Anyway aku akan update opsyen aper yang dapat masuk ke dalam daerah aku ni......

Result anak buahku....

Semalam result PMR 2012 keluar. Debaran ibu bapa sudah pasti terubat sendiri. Doa ibu bapa agar melihat anak-anak berjaya sudah pasti telah diperkenankan. Kepada yang berjaya. diucapkan tahniah dan yang kurang berjaya didoakan agar akan lebih berjaya,

Ni dua orang cousin Asyraf tgh buat revision untuk SPM sb maser diaorang nanti PMR dah x der lagi...
Kepada anak buahku Asyraf, selamatlah duit pakcik sebanyak RM200 kerana tak payah nak kloakan duit.....kau miss betting Ha2..