Saturday, January 28, 2012

Still Based On SSM

Ha3... Dah patut dapat gaji baru ni kalau meja dah bersepah macam ni.
I read NSTP yesterday and quite surprised when I found article "Civil Servants Pay For Next Month Still Based On SSM".  Let me share with others regarding that news :

Kuala Lumpur : The February salary for civil servants will also be based on the existing Malaysia Remuneration System (SSM) following the government's decision to pay salaries under the New Remuneration for the civil servants (SBPA) scheme only after a review, The Finance Ministry said yesterday.

It said in a statement that the differences between SSM and SBPA salaries for January, scheduled to be paid on Jan 31 for civil servants who have opted for the new scheme, could not be implemented as announced on Jan 9.

" The payment of the adjusted salary based on the SBPA scheme will only be made after the review of the SBPA scheme with the date of implementation as Jan 1, 2012, " it said.

The Finance Ministry said the decision was also based on a request made by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS).

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said that a special committee chaired by former Public Service Department Director General Tan Sri Ismail Adam had been given three months to review and improve the SBPA scheme.

Under the SBPA scheme as announced by Najib in the 2012 Budget, civil servants will receive an annual salary increment of RM80 to RM 320 according to their grade.
Ingat, wpun gaji baru lewat, jangan plak lewat nak punch in.

Actually I don't mind if the SBPA scheme and the new salary postphone till the committee finished reviewing the new scheme. I do not think that PSD can fulfill all the requirements that CUEPACS requested because whatever new scheme implemented in this world, it is very hard to satisfied each of the civil servants in Malaysia. But cross in my mind, why there is no meeting or discussion set up between government and all civil servants unions in Malaysia before they launched the new scheme. The implication of this situation has reflected  that we are still not ready to be established as transformational government that inspired by our Prime Minister. For me, announcing the new scheme and then review before implementing has given the bad name to PSD itself. Orang kat warung kopi cakap "Macam kerja main-main..."
Guru-guru yang tetap mengajar walaupun SBPA ditangguhkan.

Anyway, to all civil servants who are anxiously waiting for the new salary and the increment that promised to be bank in on 31 Jan 2012, don't worry; you still can get your arrears once they finished review the SBPA because the new scheme still effective from 1 Januari 2012. Always remember, everything happened ada hikmahnya. Allah knows and Allah will give the best for us if we always thanks to Him, the almighty. 


Percaya bahawa kerajaan akan mengotakan janjinya kepada kakitangan awam.


To CUEPACS and PSD, discuss properly and come out with the best result. Chaiyo! Chaiyo!

Ughh... frustnya

Beruk ni sangat pandai setelah diajar dan taat ikut arahan tuannya
Berita terbaru yang bari diterima daripada orang umah, setelah kelas dicat, tak sampai 48 jam; anak muridnya berlari ke bilik guru beritahu yang dinding telah penuh dengan tapak kaki. Hmmm.... ni lah masalahnya apabila kita berkongsi kelas pagi dan petang. Ntahler, camner nak buat dengan bebudak ni. Tak der ker raser sayang akan kelas sendiri yang telah menjadi semakin cantik. Or at least, they should learn to appreciate those things that someone done for their own benefits. Anyway, I redho dan pasrah (pergh macam dalam filem Ombak Rindu plak) jika ini ketentuan Allah. Kotor, kang kita cat lagi. Kotor, kita cat lagi. kotor kita cat lagi. kotor kita cat lagi. Hmmm.... kalau cikgu laen tak perasan gak, memang depa tak der perasaan nak tolong jaga kelas ituuuu. Hu3....

Friday, January 27, 2012

Ikan Talapia"Steam"

Beshnyer bila dapat tangkap ikan sendiri... La3
Hari Ahad lepas, abang sulung saya telah menganjurkan majlis makan malam di rumahnya. Pergh ... macam makan besar plak sebab masa yang dipilih ialah antara pukul 7 - 10 malam. Hmmm.... mentang2 kerja dengan Cina, bley plak buat majlis makan malam pada tarikh dan waktu yang sama...hmmm sebenarnya hanya kebetulan sahaja.
Hmmm... mula bagi depa makan, lepas tu depa kena makan.

4 ekor ikan talapia yang sedang menunggu giliran untuk disteam.
Malam tu kami diminta untuk tidak  membawa apa-apa makanan tetapi oleh kerana saya telah bernazar jika medical check up ok, saya akan membawa ikan talapia steam. Oleh sebab itu pada hari Sabtu yang lepas, pagi-pagi lagi saya telah bekejar ke kolam En. Aziz untuk membeli ikan Talapia. Besh gak dapat pi menangkap ikan secara beramai-ramai dengan member sepejabat. Yang paling penting saya tersiang ikan yang masih hidup. Siap siangkan ikan untuk jiran yang pesan ikan talapia tersebut. Hmmm ... dapat upah siang 40 sen. Ok ler... Sebenarnya saya tak minta tapi jiran bagi duit, ada lebey 40 sen tu yang dia tak nak amek. Ha3...



Mulai tengah hari Ahad mula mengeluarkan 4 ekor ikan talapia. Dekat 4 jam baru ilang air batunya. Oleh kerana saya yang bernazar, maka orang umah suruh siapkan bahan-bahan. Dia membantu dengan memotong bahan-bahan. Sebenarnya kami memodified resepi yang kami baca di blog-blog resepi dan web resepi. Orang umah yang ajak modify sebab ada beberapa bahan terlupa nak beli.

Bahan-bahan yang perlu dicampur ngan ikan talapia.
Kami gunakan bawang putih, bunga kobis, halia, broccoli, serbuk perasa sikit, cili merah, daun sup (yek.. daun yang paling saya benci dari kcik sampai skrg - kalau termakan mesti nak tkloa isi perut). Apapun, jangan lupa untu sediakan ikan talapia (dah tu kalau tak der ikan, apa barang name masakan ikan talapia steam) dan periuk kukus. Hmmm jangan korang guna periuk tekanan plak, kang bersepai ikan tersebut.
 
Selepas ikan telah dibasuh, letakkan ikan tersebut di atas pinggan arcopol yang dibeli di Pulau Langkawi. Pinggan itu dipilih sebab tahan panas dan ada bunga yang cantik dan sekiranya tak sedap masak, bunga pada pinggan itu akan menaikkan selera. Sementara tu periuk kukus jangan lupa ditenggek atas api. Berguna gak periuk kukus yang hanya digunakan setahun sekali. He3... nak buat apam pun tak reti jadi periuk kukus tu asyik tersimpan dengan baik.

Periuk kukus yang bekerja setahun sekali sahaja.

Ikan yang diletakkan atas pinggan di tabur dengan bahan-bahan. Tapi hasil pemerhatian kami, kami mengenal pasti bahawa cara kami salah. Jadi saya nak sarankan hasil penambahbaikan cara menyeteam ikan tersebut. Kalau tabur semua sayur terlebih dahulu, yang pastinya semua sayur akan layu. Jadi, mula-mula kukus ikan dalam sepuluh minit dengan menaburkan halia dan serbuk perasa sdikit atas ikan dalam dalam perutnya. Selepas sepuluh minit, kluarkan dan tabur bahan-bahan sayuran tadi di atas ikan dan kukus dalam 5 minit lagi. Ha... barulah sayur tak lunyai dan rangup bila dimakan.  Jangan lupa daun sup hanya untuk hiasan, jangan masuk awal-awal.

Daun sup yang paling aku tak suka. Hmm... pinggan arcopal yang juga akan digunakan untuk diletakkan ikan.
 Oit terlupa satu perkara, dalam sayur tu gak jangan lupa bubuh lobak. Barulah cantik sebab putih ada, hijau broccoli ada dan jingga carrot pun ader. Barulah besh untuk dimakan. Hmm... ader orang bubuh sos tiram , ikut suka hatilah. Tapi jangan lupa perahkan asam limau dalam 2 - 3 biji atas ikan supaya dapat hilangkan bau hanyir, Tapi yang sepcialnya ikan dari kolam En. Aziz ni, dia bela atas tanah dalam sangkar dan sebab itu tak berbau langsung.
Yang baju putih tu anak tokey ikan yang loaded dengan duit jual ikan talapia... Ahak3


Famili saya sebenarnya memang allergic dengan semua ikan darat. Kami dari kecil tak suka makan ikan darat kerana baunya yang hanyir. Tapi alhamdulillah ikan adik saya ni tak pernah berbau. Pergh... sebenarnya abah dia yang bela tapi dia jaga bahagian marketing. Yang bagusnya, duit jualan semua dia bagi kat ayah. Hmm... beshkan kalu kita ada kolam ikan, bila nak makan ikan terus amek kat kolam. Ha2.... cakap memang mudah sb maser kiter amek kat kolam ikan dah besor tapi maser En Aziz memulakan projek, tak larat kita nak buat.
Bukti kesungguhan tuan punya kolam dengan membina pondok ...


Anyway, ikan talapia steam yang saya buat telah habis dimakan. Cuma rasanya, anak buah ramai yang tak suka makan ikan steam sebab tak biasa makan steam. Mereka lebih suka makan ikan gorng secara berlada atau 3 rasa. Hmmm.... anyway next time saya akan masak talapia cara goreng lada hijau.... pergh..... sdap giler tu dan kita akan berkongsi cara memasaknya.
Inilah rupa ikan talapia steam yang dah stim ... Pergh sdap x ingat.

Hmmm..... next year I'm going to be the next Master chef Malaysia.

Majlis Bacaan Yassin

Solat berjemaah ... gambar dapat dalam FB saper ntah

Malam ni orang umah saya pergi ke sekolah kerana ada Majlis Solat Hajat, jemaah Maghrib, Isya' dan bacaan Yassin bersempena bermulanya program Tahun Enam 2012. Saya tak join walaupun orang umah ajak sebab baru balik dari berjoging di Taman Milinieum. Ramai gak ibu bapa yang hadir dan habis separuh jalan disekat dengan kereta. Alhamdulillah, itulah kehebatan ibu bapa yang mengharapkan Allah memberkati ilmu dan amal nak-anak mereka.

Cuma satu yang saya risau kalau orang umah balik nanti menangis macam tahun lepas. Manakan tidak, tahun lepas sekolah buat program majlis bacaan Yassin untuk calon-calon UPSR 2011. Ada pulak mulut cikgu perempuan (besalah orang pompuan) boleh sound direct kat orang umah; apahal plak datang, awak bukannya ada anak. Lainlah ada anak, seronok lah sket untuk baca Yassin dan solat Hajat. Bayangkan, hati orang rumah saya; nak menantikan majlis selesai kerana dia orang yang dipertanggungjawabkan untuk majlis itu; menantikan majlis itu selesai. Menangislah dia sambil mengaji dan bersolat hajat menahan kepedihan mendengar kata si mulut jahat.

Biler dia balik, mengadu, saya cakap tak per. Saya tak kan maafkan si mulut jahat sehingga dia sedar bahawa lidah dia umpama pedang yang tajam. Pesan saya kepada orang rumah, sabar kerana hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia. Ingat, cikgu tu ada anak dan kita tak tahu, hari kita sakitkan hati rakan; Allah maha adil ... mana tahu lagi 10 atau 20 tahun akan datang. I always keep in my mind, whatever you give, you will get back. So, just wait and see.

Harap malam ni tak ader mulut yang jahat !!!!!