Tuesday, December 11, 2012

12 Disember 2012

Pagi ni on the way aku pasang radio hot FM dan terdengar si fars dauzana wish luck kat semua listener. Rupa-rupanya hari ni tarikh paling cantik 12.12.12 hmmm camner aku x boley perasaan. So aku aminkan wish si Fara sebab actuallynya aku ni skrang kat Institut Aminuddin Baki untuk menghadiri interview NPQEL.
Harap harapnya dapatlah jawab dengan baik sebab aku raser cam tak sabar nak sambung belajo. Lama sungguh dah tak belajo dan this year minta kursus pun banyak kali x dapat. Tanya candidates yang masuk semuanya beritahu interviewer tanya pasal bidang tugas masing masing.

Ya Allah, permudahkan urusan temuduga aku pada hari ni.

p/s Hu hu hu cuma dua orang yang wish gud luck kat alu pagi ni; orang rumah dengan member baik aku Pn Ruban. Adik beradik langsung x wish....hu hu hu

Monday, December 10, 2012

X cantik...

Ini ialah Masjid kat Darul Quran....cantik tak????




 Aku raser blog aku punyer lay out macam tak cantek ler. Tengok orang lain punyer macam-macam ada.....camner yer nak bagi cantek ni....Ader orang punyer blog siap ader lagu lagi.....perghhh...

Admitted kat hospital

Member aku rupanya semalam dimasukkan ke hospital. Pagi ni baru dia bagitau. Siannya. Katanya sakit lama dia. Pedih di hulu hati. Dalam pukul 11.00 pagi tadi dah kena transfer ke Hospital Selayang tapi aku tak pi melawat lagi. Cuba call tapi orang umah kater dia tengah tido sebab tak tahan sangat. 

Kata isteri dier, dia berkemungkinan kena radang hati. Kater doktor pakar; bacaan hati manusia normal mestilah > 50 tapi setakat tengah hari ; bacaan dia ialah > 1000. Bior betoi, banyaknya beza. Sakit apa yer. Dalam hati, banyak betoi member aku ni sakit hati....pergh bley plak aku buat lawak padahal member tengah saket.

Hmmm...kalu x nak saket hati elok bersantai kat tepi pantai ngan duyong.
Anyway, aku agak dia kena sakit batu hempedu kot. Kalau betoi, aku nak ajak dia pi Besout 4 jumpa dengan Abang Mie. Insya Allah mana tau serasi kot cara tradisional....

Kena marah....

Hu...hu...hu... hari ini aku kena marah dengan satu ayah dalam telefon. Hmmm...nasib tak baik aku lalu depan telefon, tengok staf tengah ke kaunter layan tetamu; dengan machonya mengangkat telefon. 

Bapak budak ni tak puas hati sebab dia buat rayuan pertukaran anak dia ke sekolah lain. Tahun 2013, bebudak form 1 ni pertukaran sekolah menggunakan secara atas talian. Jadi dia dah rayu dan this week keputusan keluar. Dia nak buka tak boleh sebab parents kena refer sekolah. Dia tanya staff aku, dia suruh refer kat sekolah (dah betol dah).

Dia call kat sekolah, yang angkat pengetua. Pengetua tu sound dia kenapa call sekolah; ini kerja PPD. Hangen satu badanlah dia. Kena plak abang macho angkat telefon. Memang langkah kirilah. Yang aku geram, aku dah minta maaf dah bagi pihak pengetua; dia pehal plak hentam pengetua. Pengetua tak guna. Sia-sia jadi pengetua. Geram tu bro. 

Ho..ho...ho...aku merak....bulu aku cantek; jadi aku boley sombong!!!
Last-last aku potong cakap dia, aku sound aku akan bercakap dengan pengetua. Baru dia diam. Siap pesan suruh kenakan tindakan disiplin kepada pengetua. Pergh... banyak cantek muka kau, pengetua tersilap sket dah nak kenakan tindakan disiplin.....

Selsema......arghhh....

 Dah tiga hari aku diserang selsema....nampak sangat antibody dah tak berapa kuat; baru kena hujan sket dah selsema. Sebenarnya aku perasan aku mula diserang selsema kena hujan sket maser mesyuarat di Ipoh. Sampai jer rumah, jejiran sibuk membakar sampah pada masa hujan rerintik. Itu yang asap naik dan yang paling cantek skali asap bergumpal-gumpal pi kat ruamh aku. Kepantangan hidung ni ialah allergic ngan asap. Palagi; zas berair jer idung and dah muler bersin dan kena serang selsema.


Asap ni x der kena mengena dgn asap jiran bako sampah ya...
 Biler selsema ni, yang paling tak beshnyer nak kena makan ubat. Biler makan mesti high punyer. Tapi bila apabila aku dah tak boleh beza antara hidung dengan air terjun; lubang hidung dengan taufan. Aku kena amek gak ubat chlorpheniramine maleat (antihistamine) pergh...prescribe sendiri ubat cam doktor jer. (ha...ha...itu ler kecik2 dulu nak jadi doktor tapi Chem dgn Physic x berapa memberangsangkan sebab cikgu tak nak ajar betoi-betoi....nanti biler aku ader maser aku ceritakan pasai perangai cikgu aku dulu) dan aku amek sekali ngan paracetamol. Makan malam ubat ngan roti ngan sup cendawan.

  
Ok tak makan aku....dinner (sebelah roti ialah biskut bantal...mmmm..)

Tapi yang lawaknya, pagi Ahad biler hidung nak ok sket, aku dengan bangganya bantai mengemas rumah. Biasalah aku, kalau orang rumah takder...mesti rajin giler. Dah dua minggu orang umah balik kampung; rumah berhabuk. Palagi, kemas punya pasal, habuk naik merata; idung aku mula berair balik. Hmmm....x jadi sihat ler hidung ni.....

Perghh.....pagi ni biler nak bernafas saket giler dan selsema dah bercampur darah.... alamak takutnya. Telinga pun saket....saluran eustachio dijangkiti kuman kot....

Hmmm...aku biler saket mesti nak mak, ala nak balik umah nak baring kat riba mak....hu....hu...hu... mak...caya cakit ni....

Aku berjaya mengemas bilik bacaan ku ini....impaknya hidung gatal balik...