Thursday, October 6, 2011

MAXIM

Dalam hand phone aku, ada bermacam-macam kata hikmat yang member aku (lecturer kolej swasta) hantar. Apa kata kali ini aku kongsi ngan korang :

Ya, Rabb. Sesungguhnya aku bukanlah hamba-Mu yang terbaik. Dan juga aku bukanlah seorang sahabat yang boleh dianggap sejati. Ampuni kekuranganku, sesungguhnya aku cuba mengatasi kekuranganku demi untuk menjadi sahabat yang terbaik. Ya Rabb, jika ia dalam kesulitan, Kau permudahkanlah. Jika ia bersedih, maka Kau perkuatkanlah dirinya. Sesungguhnya, ia antara golongan yang beriman. Ya Rabb Tuhan yang membolak-balikkan hati, palingkan kami kepada agama-Mu tatkala iman kami lusuh. (6/10/2011)


Other might have forgotten but never can I, the Flag of my country, furls very high, 54 years ago. A nation was searching for a piece of land, now a piece of land searching for a nation.... can anyone help? Independence a precious gift of a god. May we always remain independent ameen. Happy independence day. Merdeka! (31/8/2011)

If my tomorrow never comes , I am sorry for all the things. I might have said for all the things I did or I did not do. If I ever made you feel bad or put you down, if I ever thought I was bigger or better than you. I am sorry everything wrong. (30/8/2011)



Friendship is not something that happens at first sight, it happens when when you start knowing each other and in turn end up needing each other. For every feeling, for everythought and for every moment. Happy Friendship Day.


Ramadhan recipe: a glass of care, a plate of love, a spoon of peace, a fork of truth and a bowl of doa; mix with spices of Quran. Enjoy this meal and happy breakfasting. (1/8/2011)

Dear! As the crescent moon is sighted and the holy month of Ramadhan begins. May devine pour his blessings on you like rain throughout this holy month, recite Quran for blessings be caring about your prayers that merciful will give you more than your heart desires. May Allah bless you with happiness and grace your home with warmth and peace. (31/7/2011)

Wednesday, October 5, 2011

REST

Kena rest jap; nak lunjur kaki sementara break ni. Kang kena masuk balik pukul 2,30 petang (He3 kalau aku tak terlajak - lagipun aku dok sorang; silap-silap boleh terbabas ni).

Petang kang nak kena mengadap lagi. Kami tengah tunggu keputusan pertukaran Antara Negeri. Emmm .... kang kalau aku ada kesempatan, aku akan kongsi ngan korang beberapa transkrip sms yang aku terima sepanjang pertukaran, alasan-alasan yang lawak serta beberapa ugutan yang aku terima sepanjang bulan pertukaran guru.... pergh.... Nak tido dulu sat!

Kasutku

Semalam rasa sedih sangat sebab kasut kesayanganku rosak. Tak sangka masa nak masuk ke bilik mesyuarat, aku telah merentap zip kasut dengan sekuat hati dan menyebabkan zipnya terus tercabut. Hu...hu...hu.... kan dah lawak. Bila jalan je, kasut sebelah kanan tu rasa macam nak tanggal je. Nak tanggal tu tak kisah sangat ler, tapi bila kasut tu rosak masa ni yang cukup malas tu sebab duit dalam bank RM 1300 dah allocate nak kena bayar buat longkang sebelah rumah.Longkang tu kalau tak dibuat, rumah aku dijangka akan roboh sebab air hujan bertangkung dalam longkang dan menyerap melalui celah2. Lama kelamaan rumah aku akan roboh. GILER, kalau roboh, nak duduk mana plak nanti.

Kasut yang dibeli bersempena nak pi konvokesyen UiTM awal tahun ni.
Abang aku cakap macam sampan sebab besar .... ala dia dengki sebab kasut aku mahal.


Kasut ni jenis Lee. Orang kata ini kasut Lee Cooper - jenis sloa jeans yang aku berhajat nak beli tak lama lagi. Blum sempat beli sloa jeans tu, kasut plak rosak. Emmmm... camner nak pi kerja next week ni. Kasut yang kat umah dah uzur sangat... Ni nak kena pi Shah Alam tuk cari kasut lain.... pasal duit no hal kot sebab aku dah tau dgn saper aku nak minta....

Aku nak minta kat seorang budak yang paling baek dalam dunia.... "seorang abang yang sanggup pinjam duit kat bank sebab nak belikan kereta kat adik dia .... He3."

Ke Port Dickson - Part 2

Kelihatan bot pensel yang x der saper nak naek.

Hari ini aialah hari kedua aku menginap di hotel ini. Pagi td aku bangun banyak kali, Sejuk sangat aircond tapi malas nak bangun, malas nak jalan dan malas nak tutup ac. Saya smuanya malas (cis, mcm pernah dgr je orang buat statement). Pg ni tak der saper yng masuk ke bilik ni, maknanya aku dok sorang2. Besh sgt. Agaknya depa bacer kot blog aku mlm tadi jd tak der saper nak masuk. Member satu opis ngan aku pun sanggup tak nak dok ngan aku wpun dia sampai pagi tadi. Dia dah siap2 letak nama dia kat bilik laen. Ntah ler, rasanya dah kat 2 - 3 minggu ni nampaknya dia cam tak brapa suka ngan aku. (ops... tak bley bersangka buruk ngan orang)....



Keadaan air yang tenang. Agaknya ada buaya kot sebab pepatah
Melayu ada cakap, laut tenang jangan disangka tiada buaya
.

Dah tak de kawan, asyik tgk laut je. Rasa cam nak turun bawah, nak jalan kat tepi pantai, nak pi mandi kolam ke, nak pi gym room, nak pi bilik karaoke; semuanya tiba2 menjadi malas. Dok kat dalam bilik, tengok laut dan bayangkan kalau tetiba ada Tsunami serang kat bawah. Ya Allah, harap-harap. Selisih malaikat 44, kata orang. Kalau le ada tsunami, mesti hancur kereta Vios aku.... Mak ai, dah le bayo bulan-bulan mahal.


Dari jauh kelihatan doktor-doktor tgh balik slepas 3 hari mereka bermesyuarat di sini.
Mesti besh mereka dapat balik ke umah masing-masing.

Rasa-rasa petang ni nak pergi round-round pekan PD. Ingat nak pi kedai Al Ikhsan, nak cari kasut joging. Ingat nak cari kasut sebab rasanya badan dah mula nak berat. Apatah lagi dari semalam asyik makan dan makan dan makan dan makan. Tapi .... bila masuk jer bilik .... emmm buka lap top jer dah malas nak gerak. Apatah lagi tak de kawan nak diajak jalan-jalan. Anyway, besh gak dok kat dalam bilik, buka lap top, dok kat depan tingkap di tingkat 8 sambil pandang laut. Pergh, sambil menaip dok layan macam pejabat korporat. (Ceh, macam dalam drama swasta ASTRO).

Ni lah suasana tepi pantai pada waktu pagi.
Nasib baek cantik walaupun air laut surut.

Ari ni rasa nak muntah bila dari pagi sampai ke malam asyik meneliti senarai masuk dan senarai keluar guru yang mohon pertukaran bagi Januari 2012. Dari pelepasan Antara Negeri, Dalam Negeri dan stand by untuk pertukaran Dalam Daerah. Masalahnya, kita kena belek semua borang pertukaran secara on line sebab nak tau masalah guru-guru. Bila baca, rasa macam nak gelak pun ada. Mana taknya, buat alasan macam budak kecik jer. Tapi kadang kala gelak gak. At least boleh release gak stress. Tapi kalau cikgu tu tau alasan pertukaran dia yang tak munasabah tu digelakkan, mesti depa bengang.


Ni le view yang paling aku suka tengok dari atas bilik.
Macam besh je kalau dapat bercanoe kat dalam teluk buatan ni.


Tapi ada satu yang aku perasan ialah kat hotel ni tak de orang sangat. Yang ada pakej kumpulan JAKIM dan kumpulan Kursus Wakaf dari Putrajaya. Patut ler sejuk ac kat hotel ni sebab kami dikelilingi oleh orang-orang beriman sahaja. Mesyuarat JAKIM rasanya dipengerusikan oleh Dato' Mufti Perak Harussani. Rasa mcm nak pi salam je dan amek gambo tapi malu. Emmmm, kalau dapat amek ngan dia. lepas tu letak kat desk top, mesti orang tabik kat aku. Ceh, nampak macam orang beriman je. Sah terpancar cahaya keimanan di muka selepas bergambar ngan Mufti Perak.

Ha...ha...ha....

Tuesday, October 4, 2011

KE PORT DICKSON - PART 1





Beberapa minit sebelum aku memulakan menaip blog. Cuba bayangkan kalau ada room mate,
mesti dia bising sebab dah pukul 1:30 pagi masih mengetuk lap top.

Pergh, this week kena pergi Port Dickson plak. Cam biasa, aku akan pasti orang yang paling lambat sampai. Mestilah sebab aku ni memang jenis malas kalau kena pergi mesyuarat atau kursus. Mesyuarat pukul 8.30 malam, pukul 8.00 malam aku masih makan kat R n R Dengkil. Makan nasi ayam yang kalu bagi kat ayam pun dia fikir 10x nak makan sebab nasi keras nak mampus.

Orang selalu tanya napa aku malas pi lepak kat hotel; jawapannya cukup senang :

1. bila pi hotel, aku selalu lupa daratan. Makan tak ingat dunia. Kat umah, makan nasi sminggu sekali, kat hotel, sekali ambil nasi macam makan seminggu.

2. aku malas nak kemas baju masuk dalam beg. Jadi aku akan sumbat semua masuk dalam beg. Tapi cuma suku baju jer yang dipakai. Buat penat naik atas bilik je.

Beg pakaian yang aku sumbatkan baju untuk seminggu.

3. sian tinggalkan orang umah tinggal sorang2 kat rumah. Dia takde kawan nak sembang.

4. aku risau dapat room mate yang tak ngam. Paling aku stress nanti kalau dapat room mate yang hisap rokok. Pergh, dibantainya hisap rokok dalam bilik. Aku ni dah la plak jenis alergic kat asap rokok.

5. aku tak bley tengok siri tv yang aku minat. Hotel bagi channel ntah apa-apa. Jadi terpaksalah tengok TV1 padahal last sekali aku tengok TV1 masa sambut raya masa aku darjah satu.

TV LCD tengah tayang citer ntah aper2


6. hobi aku pakai $%#& (ini adik aku si One tau) Ha....ha....ha.... kalau kat bilik sama orang lain mana boleh pakai gitu. Kana bersopan, berkemeja dan sloa slack. Pergh rimas.

7. aku ni jenis suka buat kerja tengah malam. Kang bila room mate nak tido, tak kan nak buka lampu.

8. aku ni jenis org takut gelap. Kalu nak tido mesti ada lampu. Sebab tu mesti buka lampu bilik laen kalau kat umah. Kat hotel tak kan nak buka lampu, nanti room mate tak bley tido. Ntah ler, kalau korang nak tau, bila orang rumah aku pi kursus, atau tak der kat umah, mesti aku buka semua lampu dan pasang tv dan radio sampai pagi. TAKUT! Mana ada, cuma memang sejak kcil itu hobi aku .... ha...ha.....ha.....

9. aku tak suka dok hotel sebab bilik dia besar sgt. Aku dah biasa bilik kecik. Ni tak, besar bilik pun cam besar dapur nagn living hall umah aku. Nanti aku sdih sebab trpaksa bandingkan umah aku ngan bilik hotel. Kalau umah aku tau, mesti dia kecik hati.

10. aku tak suka pi hotel sebab kena kloa duit dulu nak pergi tapi claim ntah bila nak dapat. Dah le jabatan buat jauh-jauh ....

Yang lain banyak lagi..... Kang bila aku ada masa, aku citer napa aku pergi ke PD this week.

By the way, surprisingly aku bley plak update tengah2 malam gini. Emmmm.... cuba bayangkan kalu kita nak hapdet blog dan bilik kita ada room mate nak tido. Sekarang tak de masalahlah sebab malam ni aku tido sorang sb room mate sampai sok pg.


Hu.... hu .... katil 2 besar tapi yang tido hanya sorang.