Friday, August 19, 2011

Servis Kereta


Hari ini kena pergi servis kereta kesayanganku kat Pusat Servis Toyota di Selayang. Sebelum ni slalu buat kat Tanjung Malim . Tapi orang kata Selayang bes sket sbab besar dan cepat. Ya ke? Sebabnya bos aku selalu servis sampai kena minta cuti. Tapi bila tanya kat dia, dia kata dia memang prefer buat kat sini walaupun dia selalu balik lambat.



Jadi, this week cuba try tempat baru. Minor service because the meter just exceeded 10 000. Appointment buat pukul 10.15 pagi but I reached there at 9.45 am. Punya teruja nak pi servis keter kesayanganku. Tengok kat receiptionist, ada 2 orang je. Lega. Tak dan duduk dia dah panggil nak buat pre service punya check up. Wow, very efficient. Em.... pukul berapa boleh deliver kereta saya?

Dia jawab dengan penuh confident ... ikutkan boleh deliver pukul 11.00 .... (senyum kelegaan) tapi .... kumpulan pertama pagi tadi masih belum keluar lagi ..... (mak aiiii....!!!!!)

Biar betul .....

Banyak keretalah encik. Semua nak servis sebab nak balik raya. Kebanyakannya pulak major servis. Jadi kami estimate kereta boleh deliver jam 2.00 pm

2.00 petang !

Ok le. Maka dengan beg lap top dan sebungkus beg plastik mengandungi barangan penting yang dikeluarkan daripada dash board, aku pun naik ke tingkat atas. Sekali tengok kat atas, tempat duduk pun dah tak ader. Ramainya orang. Patutlah boleh deliver pukul 2.00 pm.

Emmm..... apa nak buat. Lepak je lah kat surau sambil nengok fb dan layan blog. Pergh.... ada lagi 3 jam kerea nak siap.

Friday, August 12, 2011

NAK MAKAN APER...

Sejak bulan pose ni, ayat paling popular kat opis aku ialah nak makan aper ya petang ni. Maka bermcm-mcm ler respi yang kaum-kaum ibu berbincang. Nak masak tu la, nak masak ni la, cuba masakan tu lah, nak try masakan ni ler .... tapi bila petang, sblum start keta depa dah meronda ke bazar Ramadhan.

Pergh...resepi ntah ke mana, eksyen bagai nak giler nak masak itu ini, tapi last-last sekali meronda kat bazar cari makanan. Pergh.... penuh jari; ntah boleh habis ke tidak. Esok pagi, gebang lagi, emmm ptg ni korang nak masak apa ya.....

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN 1432H

Tanpa disedaari, hari ni dah masuk 13 Ramadhan kita berpuasa. Kjap je Ramadhan dah nak mencecah ke pertengahan bulan. Buat masa ni kita dah masuk ke fasa Maghfirah. 4 hari lagi dah nak sambut Nuzul Quran dan bermulalah malam-malam qunut.

Setelah 13 hari berpuasa, rasanya tahap puasa tahun ni agak merosot. Tak macam selalu. Ngaji pun malas. Kerja sembang je kat opis. Malam balik Tarawikh trus tido. Kalu tahun lepas mesti ngaji satu juz satu hari, tahun ni masya-Allah; ntah apa kena. Padahal masa tazkirah, ustaz dan penceramah selalu ingatkan banyakkan amal. Anggaplah bulan Ramadhan ini ialah bulan Ramadhan terakhir kita.

Kalau tahun-tahun lepas, malam mesti berjaga nak buat assignment. Ada malam yang kena pergi kuliah. Hari Sabtu dan Ahad, kuliah dari pagi hingga petang. Malam bekejar ke masjid... tapi sekarang makin jadi malas ..malas..malas....malas....pergh

Wake up guys.....kita ada 16 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk beramal pada Mu.

Kepada sesaper yang terbaca blog aku ni (eh ...ader ker?) aku ingin ucapkan selamat berpose dan jangan abehkan duit bonus separuh bullan gaji tu (kalu korang orang kerajaan) sebab lepas raya kang baru ada akai bila poket dah kering....

Thursday, July 7, 2011

Hinakah sangat balik ke sekolah?

Kekadang pelik juga apabila aku dapat tahu ada orang yang merasakan sekolah merupakan sebuah organisasi kelas kedua. Bagi dia, balik ke sekolah adalah suatu yang memalukan. Entahlah le. Bagi dia, hanya orang yang bermasalah sahaja yang perlu balik ke sekolah. Bagi dia, tidak standard bila balik ke sekolah. Sakit hati betul apabila mendengar kata-kata itu.

Awal bulan lepas, terdengar desas-desus salah seorang member aku kena balik sekolah. Dia dah konvo dan dilantik DG41. Jawatan yang dipegangnya sekarang dikhaskan untuk DGA 32 sahaja. So, apabila berlaku kenaikan pangkat, sudah pasti dia kena balik ke sekolah semula. Malangnya, dia tidak mahu menerima kenyataan yang dia perlu balik ke sekolah. Dia masih mahu kekal di kerusi tersebut.

Pelbagai pihak telah menasihati dia untuk menerima kenyataan tersebut. Namun dia masih tetap berdegil. Alasannya, dia sudah tidak minat mengajar lagi di sekolah. Duduk di sekolah sungguh hina. Aik, dulu bukankah kau dulu bermula dari seorang guru di sekolah? Masa tu tak terasa plak hina jadi cikgu. Sama-sama susah, sama-sama senang dengan kawan-kawan. Dan yang paling penting bes sangat biler dapat main dengan bebudak esp sekolah rendah.

Aku yang dah menyesal masuk opis ni pun kalau boleh nak balik ke sekolah. Bes plak tengok orang umah stiap malam bulan lesson plan. Since 6 years aku attached kat opis ni, more than 6 times I've applied to go back to my last school. Tapi slalunya kecundang dengan alasan, servis cikgu masih kami perlukan. (konotasi sebaliknya ialah, nanti kalau kami rrasa kami tak nak gunakan, kang kami hantar ler balik ya).

Berbalik dgn kawan aku ni, akhirnya dia dihantar balik dengan paksa. Sebenarnya aku tau konspirasi mereka yang ingin menyingkirkannya. Mereka gunakan alasan yang dia tak perform. Suka ati pihak pengurusan le. Tak perform le, not suit with the designation ler..... pergh .... ingat korang kan mentimun.... jangan ader hati nak menggelek durian. Lunyai kang.

Setelah dia balik ke sekolah, alhamdulillah, orang tak mengata dia lagi. Aku raser aman opis ini daripada sibuk "makan daging manusia". Kalau idak, ngumpat ... ngumpat ..... ngumpat dan ngumpat. Tapi... tetiba suasana aman kembali berkocak dengan umpatan dan keji kepada rakanku yang balik sekolah. Naper ????

Apa..... dia delete semua fail dalam komputer dia. Semua data hilang ????? Pergh ..... semua fail dia tak der ????? Tak kan dia musnahkan kot ????? Ini buka parti politik nak musnahkan apabila SUK bertukar tangan ......

Emmmm...... patut ler dia kena balik sekolah (cetus hatiku.....)

Tuesday, May 24, 2011

REDE TINGKATAN 6

Semalam dan hari ni mesyuarat lagi. Kali ini mesyuarat pelantikan guru-guru tingkatan 6. Bestnyer mereka dilantik ke DG 48 dan DG 52. Ada tu yang masih mude lagi dah dapat 48 kalau nak berbandingkan dengan guru-guru lama. Best kan cikgu-cikgu zaman sekarang. Pintu untuk naik pangkat semakin dibuka dengan lebar oleh pihak KPM.