Tuesday, April 26, 2011
KURSUS PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN REKOD FAIL
Sebenarnya bukan teruk sangat nak buat perubahan cuma malas jer. Maklum ler kerja banyak yang nak kena buat. Belum lagi mengadap mak bapak yang datang mengadu pasal cikgu, pasal sekolahlah, pasal budak-budak sekolahlah. Cerita kat akhbar nak kena jawablah.
Dahlah bawah aku ada 19 fail yang aku sorang tadbir. Kerani plak tak der ...... emmmm.... tapi napa plak nak komplin padahal kat sekolah dulu lagi banyak fail yang aku kena jaga.... fail bawah kurikulum, kena pantau fail semua panitia, dah ler aku Penyelaras Pusat Sumber dan kena urus berpuluh fail, belum lagi fail kecemerlangan UPSR, kelab, sukan dan macam-macam ada.....
Apapun yang paling bagus sekali apabila kami dimaklumkan, selepas opis siap, semua sekolah pulak akan diarahkan mengubah fail...... mengamuklah sekolah.
Sunday, March 13, 2011
KENDURI KAWEN
Aku ni sebenonye malas benor nak pi kenduri kawen.... ntah ler sejak kcik kami adek beradek tak pernah dibenarkan pi kenduri kawen. Hatta, jiran sebelah umah buat kenduri, kami adik beradik dok tengok dari jauh.... melekatle muka kami adik beradek kat cermin sambil tengok ayah hidang dan tolong jamu anak-anak orang makan. Kami ..... jengok ler bawah tudung saji .... normally tak ader aper2 sebab mak ngan ayah sibuk tolong orang masak.
Biler dah besor, aku peratikan aku dan adik beradik cukup liat nak pi kenduri rumah orang. Bila kami dah besor, kami tak reti camner nak pergi kenduri rumah orang. Ayah slalu marah kami tak nak pergi kenduri ..... siap sound yang kami tak reti nak campur masyarakat.
Kekadang nak gak jawab .... saper gak yang ajar jangan pi kenduri kat umah orang. Kekadang nak gak jawab ... dulu saper gak yang cakap, kalu aku nampak korang pi kenduri umah orang, siap korang adik beradik.....macam orang kebulur nak harap makanan orang.... ingat aku tak der duit nak bagi korang makan.
Bila dah besor, aku dah jadi imune. Bila orang jemput kenduri, mula aku cabut lari. Orang umah aku dah tau. Selain daripada allergic pi kenduri, perut aku gak jenis tak tahan kenduri. Silap sikit masakan kenduri, alamat berulang alik ler aku ke tandas. Entah ler, doktor kata perut ni dah sizen.... tak boleh makan lauk bermalam...
Ada satu kali tu, aku dan abang aku ditugaskan menggantikan tempat ayah ke kenduri doa selamat. Itulah kali pertama aku pi kenduri doa selamat. Maser tu tgh tunggu SPM. Pergh... kami berdua jadi bualan orang ramai. Mana tidaknya, maser orang angkat tangan berdoa, aku ngan abang pulun gelak sebab abang aku punya hal, dia bisik .....
"Tengok dik, doa je kat Allah, kat lantai tengah bergerak makanan, aku nak paha ayam tu, ko jangan amek .... "
(maser tu orang tengah tolak dulang makanan kat depan jemaah yang sedang berdoa...)
orang pulun berdoa, kami berdua tengan pulun pilih daging ayam ....pergh....
Anyway, buat Maslita ngan Zach..... SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!!
Sunday, March 6, 2011
REDEPLOYMENT - SIRI 3
Redeployment yang dianggap kejam serta menakutkan kepada sebilangan guru kekadang sebenarnya ada hikmahnya bagi sesetengah pihak. Polisi penawaran diri secara sukarela sebenarnya membawa banyak kebaikan walaupun terdapat pentadbir yang tidak menggunakan polisi ini.
Daripada 16 yang akan diberi penempatan semula (yang mendapat kebaikan); ada seorang cikgu mohon balik Kuala Selangor. Kesian gak kat dia, setiap hari dia terpaksa berulang-alik hampir 120 km ke daerah aku. Emmm....semoga dia dapat balik ke Kuala Selangor dan aku akan fight untuk rede ini untuknya.
Kes kedua : Cikgu ni mak dia mengajar di Kg Melayu Subang katanya. Masa E-gTukar dulu dia minta Petaling Perdana tapi dihantar ke daerah aku. Jadi kali ni aku nak redeploy dia ke Petaling Perdana supaya dia dapat tinggal ngan mak dia.
Kes ketiga : Cikgu ni baru posting. Husband dia kat Hospital Klang. Jadi kali ni aku akan usahakan dia pergi ke Klang. Sian orang baru kahwin kena tinggal berasingan.
Kes keempat : Cikgu ni ada masalah kewangan. Jarak dari umah dia ke sekolah sekarang sama jarak ngan sekolah baru yang nak ditukarkan. Dengan perginya dia ke sekolah baru maka bertambahlah COLAnya kepada RM 300 (lebihan RM 200). Dapatlah meringankan beban kewangannya.
Kes keempat : Cikgu ni bergaduh ngan pengetua; jadi inilah masanya dia nak keluar dari sekolah kerana dia kata dia dah jijik nak menyebut nama pengetuanya.
Kerisauan saya ialah; terdapat nama yang dihantar merupakan nama guru yang problem kat sekolah. Aku tau ada seorang cikgu tu selalu ponteng sekolah, tidur dalam setor sukan. Walaupun sudah banyak kali diberi nasihat oleh pengetua tapi dia tidak mahu berubah; inilah masanya nama si polan disingkirkan dari sekolah.
Pergh..... yang kena menjawab nanti ialah aku jugak
Tuesday, February 22, 2011
REDEPLOYMENT - SIRI 2
Menung dan menung dan menung ..... sian kat cikgu-cikgu ku. Bukan apa, muka aku ni agak ganaz tapi dalam hati ada taman. Keh...keh.... keh kiok. Camner ya nak buat. Kalu korang perasan, dalam siri satu aku ada crita aku simpan, beberapa orang tapi kali ni dah tak boleh sebab BPSH dah beri amaran, mana-mana pegawai @ pengetua yang menyimpan lebihan guru dan tidak mengikut waran perjawatan yang diperuntukkan, maka gaji guru itu akan dibayar oleh sipenyorok.
Mak aih ... ngee.... mati aku kalu kali ni kalu menjalankan perintah. Bayangkanlah, waran 16 orang guru tu terdapat di daerah lain. Kalu ikut calculation, kalu aku ditangkap menyorokkan guru, surcaj yang akan dikenakan kepada aku sebulan ialah
16 orang guru x RM 3000 (kalu depa ni suma budak baru posting) = RM 48 000
Mak ai...sama ngan gaji yang aku kena kumpul 11 bulan ... mati oooo
Kalu pengetua nak kongsi separuh, aku kena bayar RM 24 000 sebulan.
Kalu PK 1 nak join tanggung = RM 16 000
Kalu PK HEM, PK Koku, PK Petang + 4 GKMP = RM 4 800.00
Pergh.... tak dapat lagi gaji aku sebulan. Kalu gitu, nampaknya aku terpaksalah juga menjalankan tugasan untuk mengredeploy cikgu-cikgu. Dengar khabar Gombak pun tengah kekurangan guru. Elok ler cikgu-cikgu ni membantu rakan-rakan di sekolah lain yang menanggung jumlah jadual waktu yang tinggi.
Doa aku hanya satu kepada Allah agar semua pengetua membuka peluang kepada mana-mana guru di sekolah yang sanggup untuk bertukar daripada mereka menggunakan peluang ini untuk menyingkirkan mereka yang tidak perform di sekolah. Tapi aku percaya pengetua-pengetua di daerah aku profesional dalam menjalankan tugasan mereka sebagai kepala sekolah.
Saturday, January 1, 2011
SELAMAT DATANG PERSEKOLAHAN 2011
| Kumpulan B | ||||
| Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
| I | Hari Persekolahan | 03.01.2011 | 31.01.2011 | 21 |
| Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 11.03.2011 | 9 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2011 | 20.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 21.03.2011 | 31.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 27.05.2011 | 20 | |
| Cuti Pertengahan Tahun | 28.05.2011 | 12.06.2011 | 16 | |
|
|
|
|
| |
| II | Hari Persekolahan | 13.06.2011 | 30.06.2011 | 14 |
| Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 26.08.2011 | 20 | |
| Cuti Pertengahan Penggal ke II | 27.08.2011 | 04.09.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 05.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 18.11.2011 | 14 | |
|
|
|
|
| |
| Cuti Akhir Tahun | 19.11.2011 | 01.01.2012 | 44 | |
| Jumlah | 288 | |||
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
| Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||