Saturday, January 2, 2010

X DE BABY (Siri 1)



Petang semalam mem aku menangis sampai bengkak mata. Sian kat dier tapi aku buat macho tak layan dier. Dier nangis sambil solat sampai doa. Langsung tak nak jemaah Maghrib dengan aku. Ni sumer pasal gambar kat atas...

Biaserler, tahun 2010 ni, kami dah kawen kat 14 tahun tapi baby aku pi main kat syurga dengan baby lain tak reti-reti nak turun. Dia syok main kat syurga kot. Aku ni tak kesah sangat sebab dah lebih satu dekad. Masalah problemnyer, ada kutu mana kat surau tempat ayah aku jemaah sudah racun sama dia. Ader ke dia suruh ayah akur pi paksa kami pi jumpa dengan satu bomoh kat Pasir Panji kat Ipoh. Aku ni malas btol nak pi berubat, buka sombong tapi dah letih pi merata. Ayat sumanyer samer.

Yang peliknya kali ini, depa kata mungkin orang umah aku ader menyimpan syaitan atau pelesit kat dalam badan. Sebab tu baby kami tak nak turun-turun. Aku masa dengar tu diam je, malas nak dengar benda-benda yang menghiris perasaan. Orang yang lihat senang je cakap, orang yang menanggung ????

Aku ni kalu nak pilih orang mesti tak suka pilih orang yang mengubat orang yang ada unsur buz. Jadi bila ayah aku hulur kad perniagaan bomoh tu, aku dah sentap. Orang alim selalunya tak suka heboh ilmu, barulah serasi ubat. Apabila aku tengok tajuk kad tersebut ....

"Ghost Buster" pergh.... dia ialah sorang penangkap hantu. Macam seekers kot ... Langsung aku teringat satu cerita yang aku minat dulu ...

" Its something strange, in your neighbourhood, who do you wanna call

GHOST BUSTER !!!

Perghhhh... tu pasal aku tak nak pi sana.....

Azam Tahun Baru 2010

Soalan klishe yang orang akan tanya....Boring plak aku dengar. Kalau tak pun, mrk akan tanya Azam 2009 dah habis ke???

Kalau aku, ntah. 2009 ader ke berazam. Aku pun tak ingat. Tapi dah ada blog sendiri, baik aku tanam azam 2010. Mana tau, dengan tercatatnya azam kat blog ni akan menjadi motivasi....

Emmmmm apa ya azam tahun ni????

1. Aku mesti grad gak master aku by hook or by crook. Mesti 'lawan' supervisor, kalau tak bila aku nak grad. Aku dah tak sabar nak salam YDP Agong... Aku suka kat dia sebab dia muda, isteri Agong kali ini pakai tudung, dia nampak baik, jiwa muda sebab join pertandingan berkuda.

2. Aku kena pastikan tahun mak dengan ayah aku dapat pi haji. Tahun ni aku tak begitu provoke pi wpun mereka dapat panggilan dua hari sblum pergi. Kerja gila maser tu. Tapi kali ini aku rasa mak aku dah ready kot.

3. Aku nak pastikan aku berjaya menubuhkan pusat latihan yang aku idam-idamkan wpun aku tau orang sinis kat aku. Mana tak, aku buka pegawai latihan tapi gatal nak buat pusat latihan. Yang penting, aku ini buat sesuatu yang dapat meningkatkan keilmuan guru-guru di daerah ini.

4. Aku nak kurang bercakap, mengumpat orang, lawan cakap bos, melagakan orang, malas, suka tengok crita Indonesia masa kat pejabat pada sebelah petang, well managed kat dalam cubical, up to date semua kerja dan fail, dan dipandang orang sebagai orang yang matured dan educataed dan bukannya pak lawak kat opis. Nak cakap dengan kadar yang perlahan agar dihormati oleh orang lain.

5. Sementelah nyawa aku dah pendek lagi setahun, aku mesti berubah. Mesti rajin sembahyang pada awal waktu, jangan malas solat, rajin bangun solat tahjud (malu kat mak mentua, every nite dia akan bangun pukul 4 am tanpa ada culas sejak muda lagi), solat jemaah kat masjid dan kalau tak bleh, wajib jemaah dgn isteri. Tak mau buat banyak doser, takut mati nanti tak sempat ngucap.

6. Aku sentiasa berdoa agar tahun 2010 ini membawa khabar bahagia pada kami. Semoga dia akan hadir di rumah ini setelah 14 tahun rumah ini rindu akan tangisan insan yang bergelar ...

Ni anak saper??? Aku pinjam gamba nak ko jap...

Hepi New Yer!!!!

Sedar tak sedar, dah dua hari Tahun 2010 menjengah. Umur semakin pendek setahun. Aduhhhh... amal masih tak banyak lagi nak bawa balik. Selama dua hari cuti ni, aku tak buat aper-aper, lepak dalam bilik je. Rasa lama plak cuti kali ini. Mana tidaknya, hari Khamis lepas aku ambil cuti, sajer, nak habiskan cuti tahun. Itupun masih berbelas lagi baki. Last year punya 3 carry forward dan 15 aku simpan untuk golden hand shake. Buat bekalan hari tua kalau kerajaan masa tu tak bangkrap. Ni pun gula dah naik 20 sen.

Cuti kali ini, orang umah aku ajak buat kerja gila macam 4 - 5 tahun lepas. Menonton filem Korea secara endurance... 26 jam tanpa kloa bilik. Berenti untuk solat, mandi dan pi solat Jumaat. Filem Boys Over Flowers, orang kata tu crita dah lama tayang tapi orang umah aku tertonton kat TV8. Jadi setiap malam aku tak bleh kloa sehingga 9.30 malam. Kalau dah tkloa, pukul 8.30 mesti ada kat depan TV.

Nasib baik kerani kat opis ada download cita tu; pinjam le dan save dalam lap top. Best giler crita tu, patut orang umah melekat depan TV. Actually orang umah bukannya kaki TV, dia tak minat tengok. Dia kata takut nanti mati depan TV. Tapi kalau crita Korea, kena ubah prinsip sket. Last kami tengok endurance tanpa henti crita orang tertukar anak, Miskin dan kaya tapi akhirnya mati kena kanser. (Biaser ler crita yang meruntun perasaan orang). Crita tu sezaman Winter Sonata.

Ni tadi adik aku hantar mesej suh tgk crita Korea Hot Shoot, best giler katanya. Ni kalu orang umah aku tau, pergh, tangkap tak buat kerja.

Jadi taun baru 2010 kali ini aku sambut atas katil sambil buka lap top. Orang umah aku kata macam kat dalam bilik hotel..... Pergh tak hengat...

Monday, December 21, 2009

LAMA TAK BERBLOG

Lama sungguh aku tak buka blog. Ada lebih daripada sebulan. Selepas balik dari Cameron Highland, aku diuji Allah dengan kesakitan. Mungkin ini adalah kafarah yang Allah nak kenakan padaku. Ntah, napa ya.... bila sahaja sakit, kita mulai mendekatkan diri pada Tuhan yang pencipta. Solat dengan penuh tertib, mulut tidak berhenti bertasbih memuji Allah dan lidah tidak berhenti memohon keampunan Allah.

Sihat... kita mudah melupakan Tuhan pencipta alam ini. Solat kalau boleh dekat nak abeh waktu, nak bertasbih, punyalah liat. Nak ke masjid apabila hari Jumaat; itupun apabila khatib dah nak duduk antara dua khutbah. Belum sempat imam sapu tangan kat muka, kita dah sampai ke muka pintu.

Kekadang tertanya-tanya dalam diri, perlukah Allah menurunkan penyakit pada setiap minggu atau berselang hari agar kita kembali patuh kepada-Nya. Persoalan-persoalan yang sering hinggap di dalam minda tapi ada suara-suara yang membisikkan di dalam hati ... ala... mati lambat lagi. Cukup masa kang kita bertaubat.

Persoalannya, sempatkah kita bertaubat kerana ajal itu adalah rahsia Allah. Rasanya, kejahatan yang aku lakukan di muka bumi ini telah melayakkan aku untuk dihumban ke dalam neraka. Tapi aku pasti yang aku tak sanggup menahan azabnya api neraka...

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku dan jadikan aku manusia yang istiqomah dalam melakukan ibadat. Semoga 1431 Hijrah dan kesakitan yang aku tanggung setelah pulang dari Cameron akan mengajar aku untuk mengejar keredhaan Allah. Amin ya Allah.

Wednesday, November 11, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Bidang Sekolah Menengah

Minggu ni kena jaga ketua-ketua bidang kursus kat Hotel Rosa Pasadena Cameron Highlands. Langit mendung, ujan turun tapi aku masih rasa panas. Apa ntah hotel ni, air cond pun tadak. Patutnya ada ler air cond. kokak btoi...

Panasnyer... Berpeluh.... I'm sweating....

Tapi petang ni nak pi beli sayor dengan bunga lili.... Keledek pun nak gak...