Friday, October 16, 2015

JUMLAH PELAWAT :

Saya tried jenguk kat jumlah pelawat sehingga kini, pukul 3.51 am 17th October 2015...jumlah yang telah melawat :

Keseluruhan  : 5468 (Fullamak....kalau buat rumah terbuka Hari Raya maknanya ramai gak yang dah datang melawat).
Kalau satu orang lawat bagi singgit...dah banyak gak duit saya dapat.

Antara perincian negeri yang pernah melawat :

Malaysia  4659
USA       403  (pergi pun tak pernah, tapi Nasi Goreng USA ada ler order selalu)
Australia  55
Singapura  15
India      4
Frech      4  (Ca va monsieur?)
German     3
Brazil     3
Indonesia  59
Belgium    57
China      44
Rusia      26

Dan banyak lagi negara lain yang datang melawat. Belarus pun ada...
Depa faham ke apa yang saya tulis or might be mana yang rajin akan copy dan paste kat Google Translator.

Kalaulah salah seorang pengunjung blog ni orang kaya, tetiba dia masukkan duit dalam account sebagai wasiat sebelum dia meninggal....perghhh.... maklumler Ringgit Malaysia tengah rendah ni. 


LAMA BENAR TAK MENULIS.....

Rasanya....dah lama benar saya tak menulis.  Last entri pun tahun lepas. Malas benar nak menulis padahal apa yang terlintas di otak ni, di hati ni, di benak ni bersimpang siur macam kenderaan berebut nak pi kerja awal pagi.

Ntah camner pagi ni, boleh terjaga dan menjenguk blog ni.  Bayangkanlah.....berbulan-bulan rumah tak dijenguk, dah macam-macam benda ada kat dalam.  Rupanya ramai yang pos soalan dan pertanyaan tak berjawab.  Sesaper yang ada bertanya, dan saya tak balas; maaf ya.  Jangankan membaca, buka blog pun tidak. ... Rasanya ini semua angkara telegram dan Whatsapp ler ni.

Naufal pun dah sambut birthday...


Korang bayangkan, last masa saya tulis, si Naufal ni langsung tak der kat dunia ni, sekarang dah besar panjang. Anak sulung adik perempuan.  Budak ni saya panggil vacuum cleaner .... ngeh...ngeh....ngeh (Mak dia tak tahu).  Pusing merata satu rumah. Bawah meja, dapur, atas tangga, bilik air, ruang tamu dan dapur.  Seluar dia habis kotor dengan habuk lantai.  Sebab tu saya panggil dia vacuum cleaner.

Rasanya, sudah tiba masa nak mula menulis semula.  Menulis ni hobby masa sekolah menengah.  Bila dah lama terhenti, rasa macam stress ler plak..... Sesekali menulis, boleh gak mengisi masa lapang dan berkongsi apa sahaja pada sesiapa yang membaca.  

Ehhh.... lupa nak tengok, berapa ramai orang singgah kat blog ni ya????