Tuesday, September 14, 2021

Start menulis semula

 Wah, dah lama aku tak menulis! Nampaknya mulai minggu depan aku kena start menulis semula.  Ada banyak cerita yang aku nak sembangkan sabagai tatapan memori masa akan datang.  Next week ler aku start menulis.

Monday, June 3, 2019

Balik raya

Raya datang lagi. Tomorrow is the last day for Muslim fasting. Tak perasan, kejap jer masa berlalu, dah 29 hari kita berpuasa. Kalau campur pose Syawal, maka 7 days to go.

Rasanya pose ni paling teruk dalam sejarah. Rasanya x sampai sepuluh kali ke masjid untuk bertarawikh. Quran baca pun tak sampai sejuzuk.

Nasib baik ada program khatam tadarus kat sekolah, kalau tak lagi lebo.

Yang beshnya, setiap kali nak tadarus, budak- budak terpaksa cari aku...Cikgu mgaji cepat.

Perghhh...dah rasa jadi budak jahat,n pun nak kena suruh....

Saturday, March 3, 2018

Relex sat kat Sungai Perak

Hari ni balik Kuala.  Cam biasa ken balik awal bulan untuk pastikan ubat mother in law cukup untuk sebulan.  Alhamdulillah,  tak sangka berkat ada membership kat farmasi tu, ubat ayah murah plak kat farmasi tu.  Beza RM 28. Dua kotak RM 298.00 jer.
Hajat hati nak pi makan cendol,  sekali tengok semua kedai dah tutup. Last2 pi minum coffee hazelnut kat tepi Sungai Perak menjelang senja.  Cantik gak,  dah macam kat Vietnam dulu masa kitaorang ke sana.


Friday, December 29, 2017

Sesi Persekolahan 2018 sudah menjengah...

Tinggal 3 hari lagi persekolahan 2018 akan kembali menjengah.  Sepanjang minggu ini, aku berkampung di sekolah bersama guru-guru.  Cuma aku tak sepenuhnya berada di sekolah sebab terpaksa berlari ke Hospital Selayang sebab ayahku terpaksa dimasukkan ke wad Surgical 4B.

Alhamdulillah, sekolah yang ditinggalkan berjalan seperti biasa.  Penolong-penolong kanan yang hebat terutama Mr. Aimy yang bekerja keras membantu aku menjaga sekolah.  Cikgu-cikgu yang hebat, tidak perlu dipantau tapi terus dengan perancangan yang telah dibuat.  Sehingga petang tadi, semua mesyuarat panitia bilangan pertama telah siap dilaksanakan.  Tinggal mesyuarat kewangan sahaja yang tidak berlangsung kerana aku tak der masa tu.



Padang di atas yang selama ini sunyi akan kembali gembira.  Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu 1675 orang anak murid aku kembali ke sekolah terutama bebudak 6 Amanah yang comel-comel dan tak reti nak berenti bercakap.  Walaupun agak sedih 10 orang murid kesayanganku (dua tahun bersama-sama mereka ), terpelantik ke kelas lain.  Apa nak buat, dah banyak kali pesan baca buku betul-betul tapi korang buat dunno jer....ha kan tahun ni kita tak dapat bersama-sama.

Apa-apa pun, jangan cakap cikgu tak payung ya...

Monday, September 12, 2016

Bihun, ketapi lama dan ETS

Pagi ni aku bertolak balik dari  Kuala Kangsar jam 7.40 am menuju ke Tanjung Malim. Esok dah nak kerja so kena balik ler pagi ni.

ETS hari ni sampai on time. Lega sb turun je ke platform cuma kena tunggu dalam 5 minit. Itu pun tetiba ETS dah ada kat depan mata. Tak ada pengumuman cam selalu baggitau keretapi is approaching platform. Dah ler keretapi senyap. Teringat suatu masa dulu masa kecik2. Kami selalu kena naik ketapi setiap bulan nak pergi Kuala Lumpur. Masa tu adik duduk di Hospital Kuala Lumpur sampai setahun. Mak temankan dia. So hujung bulan, bila dapat gaji jer, bak mesti bawa kami naik ketapi.

Zaman tu, tiket ketapi keras giler. Kecik dan kloa dari satu mesin. Kami selalu naik ketapi dari stesen ketapi Taiping. Ketapi datang dari Butterworth. Setiap kali ada ketapi nak lalu stesen ketapi, station master akan turun dan naikkan satu alat. Kata ayah, alat itu yang akan betulkan landasan sama ada ketapi akan ke platform 1 atau 2. Jadi setiap kali station master betulkan alat tu, aku dan abang akan bergegas angkat beg ke tepi landasan. Tapi yang tak bestnya, yang lalu ketapi barang yang bawa simen atau barang2 kilang. Itulah kerja kami setiap kali station master betulkan alat tersebut. Yang peliknya ayah tahu plak bila masa dia akan bangun untuk angkat barang. Dulu aku takjub tgk ayah, setiap kali dia angkat barang mesti ketapi sampai. Dulu2 aku anggap ayah macam superman, dia tahu jer bila ketapi nak sampai. Hebat kan...

Hmmm.... Dah besar baru aku tau. Patut ler dia tahu sebab dia tahu pukul berapa ketapi akan sampai kerana waktu dah ada kat tiket dan satu lagi, setiap kali ketapi passenger nak mai, station master akan bersedia dgn satu beg kecik yang bergelung. Dia akan hulur kat drebar ketapi dan drebar akan sauk. Rupanya itu ialah kebenaran utk driver melalui.stesen mereka.