Thursday, July 7, 2011

Hinakah sangat balik ke sekolah?

Kekadang pelik juga apabila aku dapat tahu ada orang yang merasakan sekolah merupakan sebuah organisasi kelas kedua. Bagi dia, balik ke sekolah adalah suatu yang memalukan. Entahlah le. Bagi dia, hanya orang yang bermasalah sahaja yang perlu balik ke sekolah. Bagi dia, tidak standard bila balik ke sekolah. Sakit hati betul apabila mendengar kata-kata itu.

Awal bulan lepas, terdengar desas-desus salah seorang member aku kena balik sekolah. Dia dah konvo dan dilantik DG41. Jawatan yang dipegangnya sekarang dikhaskan untuk DGA 32 sahaja. So, apabila berlaku kenaikan pangkat, sudah pasti dia kena balik ke sekolah semula. Malangnya, dia tidak mahu menerima kenyataan yang dia perlu balik ke sekolah. Dia masih mahu kekal di kerusi tersebut.

Pelbagai pihak telah menasihati dia untuk menerima kenyataan tersebut. Namun dia masih tetap berdegil. Alasannya, dia sudah tidak minat mengajar lagi di sekolah. Duduk di sekolah sungguh hina. Aik, dulu bukankah kau dulu bermula dari seorang guru di sekolah? Masa tu tak terasa plak hina jadi cikgu. Sama-sama susah, sama-sama senang dengan kawan-kawan. Dan yang paling penting bes sangat biler dapat main dengan bebudak esp sekolah rendah.

Aku yang dah menyesal masuk opis ni pun kalau boleh nak balik ke sekolah. Bes plak tengok orang umah stiap malam bulan lesson plan. Since 6 years aku attached kat opis ni, more than 6 times I've applied to go back to my last school. Tapi slalunya kecundang dengan alasan, servis cikgu masih kami perlukan. (konotasi sebaliknya ialah, nanti kalau kami rrasa kami tak nak gunakan, kang kami hantar ler balik ya).

Berbalik dgn kawan aku ni, akhirnya dia dihantar balik dengan paksa. Sebenarnya aku tau konspirasi mereka yang ingin menyingkirkannya. Mereka gunakan alasan yang dia tak perform. Suka ati pihak pengurusan le. Tak perform le, not suit with the designation ler..... pergh .... ingat korang kan mentimun.... jangan ader hati nak menggelek durian. Lunyai kang.

Setelah dia balik ke sekolah, alhamdulillah, orang tak mengata dia lagi. Aku raser aman opis ini daripada sibuk "makan daging manusia". Kalau idak, ngumpat ... ngumpat ..... ngumpat dan ngumpat. Tapi... tetiba suasana aman kembali berkocak dengan umpatan dan keji kepada rakanku yang balik sekolah. Naper ????

Apa..... dia delete semua fail dalam komputer dia. Semua data hilang ????? Pergh ..... semua fail dia tak der ????? Tak kan dia musnahkan kot ????? Ini buka parti politik nak musnahkan apabila SUK bertukar tangan ......

Emmmm...... patut ler dia kena balik sekolah (cetus hatiku.....)