Sunday, March 13, 2011

KENDURI KAWEN

Ari ni my wife and I pergi kenduri kawen member sekelas maser degree dulu. Memuler tu dengar khabar ramai member sekelas nak pi. Teruja gak nak pi sebab dah lama tak jumpa geng-geng lamer. Kununnya nak reunion ler..... tapi last-last semua orang tak pi. Cam-cam punya alasan ...pergh....

Aku ni sebenonye malas benor nak pi kenduri kawen.... ntah ler sejak kcik kami adek beradek tak pernah dibenarkan pi kenduri kawen. Hatta, jiran sebelah umah buat kenduri, kami adik beradik dok tengok dari jauh.... melekatle muka kami adik beradek kat cermin sambil tengok ayah hidang dan tolong jamu anak-anak orang makan. Kami ..... jengok ler bawah tudung saji .... normally tak ader aper2 sebab mak ngan ayah sibuk tolong orang masak.

Biler dah besor, aku peratikan aku dan adik beradik cukup liat nak pi kenduri rumah orang. Bila kami dah besor, kami tak reti camner nak pergi kenduri rumah orang. Ayah slalu marah kami tak nak pergi kenduri ..... siap sound yang kami tak reti nak campur masyarakat.

Kekadang nak gak jawab .... saper gak yang ajar jangan pi kenduri kat umah orang. Kekadang nak gak jawab ... dulu saper gak yang cakap, kalu aku nampak korang pi kenduri umah orang, siap korang adik beradik.....macam orang kebulur nak harap makanan orang.... ingat aku tak der duit nak bagi korang makan.

Bila dah besor, aku dah jadi imune. Bila orang jemput kenduri, mula aku cabut lari. Orang umah aku dah tau. Selain daripada allergic pi kenduri, perut aku gak jenis tak tahan kenduri. Silap sikit masakan kenduri, alamat berulang alik ler aku ke tandas. Entah ler, doktor kata perut ni dah sizen.... tak boleh makan lauk bermalam...

Ada satu kali tu, aku dan abang aku ditugaskan menggantikan tempat ayah ke kenduri doa selamat. Itulah kali pertama aku pi kenduri doa selamat. Maser tu tgh tunggu SPM. Pergh... kami berdua jadi bualan orang ramai. Mana tidaknya, maser orang angkat tangan berdoa, aku ngan abang pulun gelak sebab abang aku punya hal, dia bisik .....

"Tengok dik, doa je kat Allah, kat lantai tengah bergerak makanan, aku nak paha ayam tu, ko jangan amek .... "
(maser tu orang tengah tolak dulang makanan kat depan jemaah yang sedang berdoa...)

orang pulun berdoa, kami berdua tengan pulun pilih daging ayam ....pergh....

Anyway, buat Maslita ngan Zach..... SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!!


Sunday, March 6, 2011

REDEPLOYMENT - SIRI 3

At last, I've received almost 80% nama guru yang akan menjalani redeployment gelombang kedua bagi tahun 2011. Daripada 25 nama yang naik, 16 yang akan berpindah ke luar daerah. Emmmm.... sian kat mereka; tapi apa yang boleh dibuat sebab waran gaji mereka sebenarnya terdapat di daerah lain.

Redeployment yang dianggap kejam serta menakutkan kepada sebilangan guru kekadang sebenarnya ada hikmahnya bagi sesetengah pihak. Polisi penawaran diri secara sukarela sebenarnya membawa banyak kebaikan walaupun terdapat pentadbir yang tidak menggunakan polisi ini.

Daripada 16 yang akan diberi penempatan semula (yang mendapat kebaikan); ada seorang cikgu mohon balik Kuala Selangor. Kesian gak kat dia, setiap hari dia terpaksa berulang-alik hampir 120 km ke daerah aku. Emmm....semoga dia dapat balik ke Kuala Selangor dan aku akan fight untuk rede ini untuknya.

Kes kedua : Cikgu ni mak dia mengajar di Kg Melayu Subang katanya. Masa E-gTukar dulu dia minta Petaling Perdana tapi dihantar ke daerah aku. Jadi kali ni aku nak redeploy dia ke Petaling Perdana supaya dia dapat tinggal ngan mak dia.

Kes ketiga : Cikgu ni baru posting. Husband dia kat Hospital Klang. Jadi kali ni aku akan usahakan dia pergi ke Klang. Sian orang baru kahwin kena tinggal berasingan.

Kes keempat : Cikgu ni ada masalah kewangan. Jarak dari umah dia ke sekolah sekarang sama jarak ngan sekolah baru yang nak ditukarkan. Dengan perginya dia ke sekolah baru maka bertambahlah COLAnya kepada RM 300 (lebihan RM 200). Dapatlah meringankan beban kewangannya.

Kes keempat : Cikgu ni bergaduh ngan pengetua; jadi inilah masanya dia nak keluar dari sekolah kerana dia kata dia dah jijik nak menyebut nama pengetuanya.

Kerisauan saya ialah; terdapat nama yang dihantar merupakan nama guru yang problem kat sekolah. Aku tau ada seorang cikgu tu selalu ponteng sekolah, tidur dalam setor sukan. Walaupun sudah banyak kali diberi nasihat oleh pengetua tapi dia tidak mahu berubah; inilah masanya nama si polan disingkirkan dari sekolah.

Pergh..... yang kena menjawab nanti ialah aku jugak