Sunday, September 13, 2009

Pasar Raya TF

Pagi ni, lepas Subuh, aku cuba menidurkan mata. Aku berhajat tak nak buat dosa dengan menonton tv. Hasrat aku tercapai apabila aku terjaga daripada tido pukul 10.30 am. Orang umah bengan sebab aku janji dengan dia nak pi Tanjung Malim pukul 8.00; nak buat macam mana, mata dah melekat.

Lepas Zuhur, pi gak aku ke Tanjung Malim. Sebenonya nak pi cari adaptor lap top orang umah. Sampai kat BHL (budak UPSI ) tahule kedai komputer ni, aku minta dia check lap top aku sebab sejak beli, kloa menatang 'power surge on hub'. Lepas dia cuba detect, (dengan muka tak ikhlas nak membantu), jawapan dia senang, kena format. Nasib baik bolan pose mengajo aku tak melaser orang.

Napa nak kena format plak?

Ini semua salah encik, install software yang bukan2. (Ini yang temperature go up ni) Anti btol aku pada orang yang cakap ikut sedap mulut; senang, jungkit bibir bawah, katup bibir atas, ikut suka hati ayah dia bila nak bercakap.

"Kan tadi saya cakap, benda ni jadi masa hari pertama saya ambil komputer ni daripada kedai korang. Korang yang salah install software ke? Budak Sri Lanka tu buat ari tu kata ok, saya balik umah jadi balik"

Ooo, kena format.

Brapa hari?

Dalam 4 atau 4 hari. Muka releks je tanpa memberi perhatian penuh pada customer. Cis geram aku dibuatnyer. Padahal lap top aku ada lambang VIP, anytime ada masalah, tuan akan kami layan sebaik mungkin, podacit janji masa aku apply membership kat kedai dia sambil menghulur RM 300 untuk setahun.

Argh.... balik lagi bagus.

Dah settel problem lap top orang umah, dia ajak aku pi TF. Orang kata kedai termurah di dunia, kata orang le. Mungkin gak sebab aku tengok punyaler ramai, barang2 bertabur tak sempat staf dia kemas. Nak tau maju atau tak sesebuah kedai senang je...

Apa klunyer...

Senang je, tengok muka cashier. Kalau masam mencuka, bibir terjuih, sesekali pandang jam sambil tengok barisan customer; maka kedai tu maju le sebab cashier dah letih tak sempat nak bergosip atau mengulor. Berdasarkan bibir cashier yang tunjuk barang dan plastik dengan hanya menggunakan bibir, aku mengesahkan bahawa Pasar Raya TF ni memang ramai pelanggannya terutama budak UPSI yang kelihatan mengusung makanan dalam tin seperti sadin...

Misi aku selesai apabila orang umah aku plak terjuih sebab dengan 3 plastik, duit dia terbang RM 120.

Aku ???

Sure le cabut lari masa pengiraan sedang berjalan sebab aku tak de duit nak bayor. He... he... he.. takpe, orang umah aku kaya.... Sapa yang nak ngabihkan duit dia kalau tak aku, suami terhensem di dunia...

Solat Tarawikh - Bab 7

Malam ni aku pi sorang je ke masjid. Orang umah malas sebab dia kata aku lembab, dah masuk waktu baru nak pi. Memang pun, ntah dalam 10 malam terakhir ni malas aku pada tahap gaban. Tadi aku terpaksa berlari sampai tak cukup tanah, sebabnya imam dah duduk tahhiyat akhir. Nafas sampai dah tak de, nasib baik ngam-ngam dapat join jemaah.

Hari ni sesi tazkirah, sorang Dr. dari Palestin beri ceramah. Yang bestnya apabila penterjemahnya sorang Dr. muda, nama lupa plak. Pandai gak bahasa Arab dia. Walaubagaimana pun, masa dia beri ceramah, banyak gak yang aku paham, tapi nak cakap hampeh. Alhamdulillah, berkat belajo bahasa Arab dari Tingkatan 1 - 5. Nyesal tak belajo betoi2. Bukan ape, masa kat sekolah, ustaz garang sangat, asyik aku je kena berdiri atas kerusi. Bak kata cikgu BM aku masa form 5 (cikgu pompuan dan mulutnya sangat lazer), korang ni ketiak dan *&+#@#$ dah bebulu, pun masih nak kena diri atas bangku. Masa tu, muka mesti merah macam udang kena bakar. Aib syiot sebab dia cakap benda yang taboo dalam kalangan remaja masa dulu...

Sebenarnya aku ada satu crita pasal Tarawikh semalam; harap2 orang umah aku tak tau. Semalam aku selsema, sleme asyik mengalir je, kepala sakit sangat. Orang umah aku paksa pergi gak ke masjid. Aku cakap aku nak solat kat umah, tapi dia ckap yang pagi esok pose ke 23; mana tau malam lailatulqadar. Nak tak nak, aku pergi gak. Bukan ape, aku risau aku bersin masa tengah solat, mask plak tak bawak. Mata punyele ngantuk, Allah je yang tau.

Sampai je kat parking masjid, aku matikan enjin, dan releks kejap. Bersandar punya le baik sementara menanti azan Isya'. Patutnya masuk le masjid dulu kan, buat iktikaf. Tiba2 aku terdengar orang bersalawat. Mak ai... rupanya aku bantai tido. Orang dah habis Tarawikh la... Patut le rasa sronok lain macam, baik punya lelap... Pertama kali dalam hidup aku tido kat parkir masjid... Tapi kalau tetido, tak pe... Dimaafkan...

Dengan kondifen, aku start enjin, pi cari sayur dan ikan untuk buat sahur pagi. Samapi umah, solat Isya', tarawikh dan siapkan bahan2 nak masak waktu sahur. Nasib baik orang umah tertido kat atas sebab dia pun demam. Sambil siapkan bahan, aku tengok crita Cerekarama Elly Mazlein dengan Fahrin.

Sok pagi, masa sahur; orang umah tanya " Orang Palestin bagi ceramah best ke?"
Dengan selamba aku jawab " Orang Palestin tak datang..."

Rupa2nya, btol orang Palestin tak datang dan dibuatnya ceramah malam ni. Jadi aku tak tipu orang umah aku. Tapi kalau dia tau aku tido kat parkir masjid, mampus aku...

Friday, September 11, 2009

BEST STAFF FOR JULY - AUGUST 2009

Petang tadi aku mengamuk buat kesekian kalinya. Mana taknya, mesin fotostat buat hal lagi. Jenis je Konica Minolta tapi member aku cakap macam kepala hotak. Mesin tu rosak start 1 September 2009, buat report, 10 hb baru depa datang. Tak boleh buat, 11 baru fixed machine. Ok apabila aku sign, dia balik, kami pi solat Jumaat, balik nak fotostat, dah rosak balik. Ikutkan hati, aku nak tolak je mesin tu dari tingkat 1 ke bawah, baru padan muka aku kena ganti RM 30k...

Nak tak nak, kena pi main opis. 1.5 km dari tempat aku kerja cuma nak pi fotostat. Dah le susah nak cari parking, kena plak tunggu orang nak fotostat. Sambil buat kerja, ternampak member aku, PRO aka... GRO (aku yang panggil dia)...

Aku tanya pasai kelulusan aku nak masuk sekolah hantar questionnaires; selamba je dia jawab tak tau. Tak pernah nampak pun. Kendian aku tanya Timbalan, dia kata macam pernah nampak surat permohonan tu tapi kat mana ???? Tanya staf yang rekod masuk surat; abang tak pastile...

Argh... padanle 2 minggu tunggu surat tak clear..... arghhhhhhh...

Nak marah pun tak tau nak marah... nak gelak pun dah tak boleh sebab jawapannya mudah, bleh tak ko buat surat itu semula...

Dalam pada tengah marah bercampur geram... tiba-tiba aku terpandang sesuatu kat dinding ruang menunggu yang tak pernah aku ambil port sangat ...

Ehhh.... muka aku. Pekerja terbaik bagi bulan Julai - Ogos 2009.....
Mak ai.... trus tergelak ; hilang geram dan tersipu-sipu tapir sebab besarnya gambar aku.
Syahdunya bulan pose yang penuh rahmat, orang mengiktiraf kerja aku.

Alhamdulillah... hilang geram...

Buat surat tadi 10 kali lagi pun takpe.... Heeee...hee..... Nanti aku pi posing kat depan gambar aku le...

Tuesday, September 8, 2009

Solat Tarawikh - Bab 6

Hari tu masa aku balik kampung, dapat gak dua malam solat Tarawikh kat sana. Malam pertama orang rumah ajak pi solat kat surau kat atas bukit (sekolah tahfiz) tapi aku buat banyak alasan. Bukan apa, aku rasa macam maals btoi nak pi solat kat sana sebab aku ada sejarah hitam pasal dimalukan oleh imam kat situ. Ingat lagi amsa tu, kalau tak de arwah Pak Mentua yang pujuk, mau aku lompat dari surau tu. Seba tu aku sayang kat arwah, dia rakan baik aku yang banyak simpan rahsia. Nantile aku crita pasai pak mentua akua...

Jadi, lepas orang umah dengan mak mentua pi surau atas, aku pun pi kat masjid depan umah. Masa solat Isya', aku rasa macam tak cukup rakaat je; tapi takde sorang pun yang tegur. Aku konfiden le yang depa btoi tapi aku yang salah. Nak tegur kang takut plak aku sorang yang salah kira, jadi aku balun je ikut imam. Takut plak nak mufarakah.

Lepaih beri salam, selamba rock bilal yang duduk kat belakang imam sound; " teman rasa haji solat 3 rakaat je " Maka yang alin pun menyokong. Ya Allah, ambik ko. Kan semua orang kena solat balik. Ceh, nyesal aku tak tegor.

Monday, September 7, 2009

UPSR 2009

Hari ini 8 - 10 September sedang berlangsung Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009. Murid-murid tahun 6 (termasuk anak buah aku - Asyraf ) sedang bergelut dengan UPSR setelah 6 tahun belajar di sekolah rendah.

Macam biasa, aku tetap mencabar dia untuk mendapat 5A.

5A - RM 50.00
4A - RM 40.00
3A - RM 30.00
2A - RM 20.00
1A - RM 10.00

Dia tanya napa tak pernah naik; aku cakap masa aku dapat 5A dulu, aku cuma dapat RM 5.00 je.

Semoga semuanya akan berjaya untuk meraih 5A.

Balik Kampung


3 hari tak update blog sebab aku kena balik kampung orang umah kat Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Kena balik gak sebab raya tahun ni dia nak first raya kat umah aku. Sejak kahwin 13 tahun yang lepas, masalah balik kampung masa raya tak pernah menjadi masalah. Selalunya, dia suka raya kat umah aku.

Apa... aku "king control"; sorry. Dia susun begitu sebabnya dia punya trick cukup pandai. Kalau raya kat umah aku, lepas solat raya kena chow balik kampung dia. Maknanya beraya kat umah aku cuma at least 3 jam. Jadi aku kena balik umah dia satu minggu. Kalau cuti sampai hari Ahad, maka seminggu le kat sana. Tahun ni aku ambil cuti seminggu, jadi kat umah dia dari petang Isnin hingga pagi Ahad. Pandai woo dia.

Ada sekali tu, dia sibuk nak balik kampung dia dulu sebab kami cuma dapat cuti 3 hari. Kat umah dia 3 hari, kat umah aku tetap dua jam sebab singgah on the way nak balik ke umah aku.
Tapi tak kisah le sebab aku duduk 12 km daripada umah mak bapak aku. Jadi bila gaduh sket, mesti aku merajuk balik umah mak aku. Dia kalau merajuk, lari masuk bilik je.

Balik kali ni tak buat apa sebab aku diserang penyakit yang doktor masih buat kajian dan tak de ubatnya ... tido. Nak main dengan kucing, dia dah ada kurap plak. Kucing tu kesayangan mak mentua aku. Mak mentua aku panggey kucing tu penkid. Aku tanya napa? Dia cakap kucing tu betina tapi bila kencing macam kucing jantan. Tu yang dia panggey pengkid. Lantakle...

Sepanjang dok kat umah, sekali je aku tunjuk rajin, pi bakar sampah, kayu serta ranting rambutan yang dah patah. Tak perasan yang waktu berbuka dah terlepas. Habih pahala buka awal. Tapi aku taknak crita kat member baik aku pasai aku bersihkan kebun kat belakang rumah mak mentua, sebab depa slalu kutuk aku ada udang di sebalik mi. Aku nak rampas tanah kebun tu.

Malam pertama balik, aku solat kat masjid dan malam kdua aku solat kat pekan kuala. Nanti aku tunjuk gambar perjalanan kat kuala. Aku nak kemas barang sebab lepas sahur esok aku kena pi kursus 3 hari kat Hotel Putra. Patutnya aku check in petang tadi tapi aku penat sangat balik dari Kuala. Kalau ada wifi kat otel tu, nantu aku hapdet lagi.

Wednesday, September 2, 2009

Solat Tarawikh - Bab 5

Malam ni solat Tarawikh tersangatlah bestnya... bukan kerana dari 20 jadi lapan tapi ada beberapa elemen yang aku suka :

1. imam hafiz tu baca tenang je. Sore dia jelas dan gerakan rukun fi'li dia slow and steady,

2. sore bebudak bising dah takde. Agaknya pergi main mercun kot sebab beberapa kali bunyi mercun meletop macam nak putus tangkai jantung,

3. suara bilal sambut setiap perkataan Allahuakbar macam best je, rasa macam kat Makkah dan Madinah (ya ke, aku mana pernah pergi sana, tengok kat Astro Oasis je adale.) Ini kalau Lotfie (Na5wa) baca mesti dia gelak pasai dia memang lama study kat sana. Ok kot imagine tengah solat kat sana.

4. tazkirah hari ni best. Tak sangka betoi member baik aku yang sampaikan. Baik btoi dia; tak pernah bagitau dia seorang pendakwah saudara baru. Rupa-rupanya orang hebat memang bgitu, tak mahu membesarkan diri. Best dengar crita dia. Walaupun bagi masa setengah jam tapi makmun suruh sambung lagi. Dia beri ceramah biasa je tapi sinikal, suma jemaah kena. Benda kecil yang selama ni kita buat dan tak buat tapi rupanya besar impaknya dalam perkembangan dakwah Islamiyah.

5. Ari ni buat 8 rakaat tapi balik pukul 10.45pm. Seronok tengok jemaah kloa dengan senyum-senyum sebab kena basuh dengan tazkirah tadi ... he...he...he termasuklah aku.

p/s Kan aku cakap, kalau pilih orang sekitar masjid beri ceramah lagi bagus. Daripada panggil orang dari negeri lain tapi bila sampai masa; asyik di luar kawasan je.

Kenapa sukarnya menjadi seorang pemaaf - Mukadimah

Ntah kenapa, pada malam bulan Ramadhan sebegini aku terfikir kepada suatu soalan yang sering bermain di dalam minda ini, "Kenapa Sukarnya Menjadi Seorang Pemaaf? ". Aku ingin menjadi seorang pemaaf seperti nabi tapi aku masih belum mampu. Walaupun aku cuba namun sehingga sekarang, aku tidak bisa memaafkan mereka (ceh, macam lirik lagu plak)

5 orang yang sampai sekarang masih mencatat kenangan pahit dalam diri ini yang akan aku kenang sampai ke akhir hayat...

1. pensyarah pembimbingku yang berhempas pulas bermati-matian untuk menyingkirkan aku daripada maktab perguruan,

2. seorang pegawai ppd yang 'blur' - menabur fitnah sehingga aku dibenci oleh bos dan implikasinya aku tidak dibenarkan bercuti untuk periksa selama dua semester.

3. Din Perabot ; kontraktor rumah yang menggelapkan wang aku sehingga rumah aku terbengkalai. Dan dialah satu-satunya manusia yang sanggup sujud dan menyembah aku...(nauzubillah)

4. orang belakang rumah yang tiada berperasaan dan sanggup 'meracun' serta berpakat dengan

5. orang depan rumah aku untuk membuat aduan kepada majlis daerah untuk menyaman aku kerana membuat rumah walhal pada masa itu kami nak makan pun dah takde duit akibat ditipu oleh kontraktor rumah.

Ya, Allah adakah mereka berlima layak untuk diberikan kemaafan ataupun biarkan masa yang menentukannya...

Nanti akan kusingkap sejarah lama agar tidak begitu lama terpendam dalam minda...

Jual Kertas

Hari ni kami satu opis luangkan masa menjual semua kertas terpakai kat opis. Berlambak-lambak tersorok kat dalam surau kecil kat opis. Tak sangka plak sampai satu lori. Diam-diam dapat gak RM 144.00 ; bendahari opis kata nak buat tempah lemang masa jamuan raya nanti.

Kekadang terfikir kat kepala otak; makan duit daripada duit penjualan kertas terpakai kat opis kira halal ke tak. Kalau halal, ok le. Tapi kalau tak halal, fuh mati kena bakar kat dalam neraka; nauzubillah. Aku tanya kat ustaz-ustaz dalam opis, depa kata ok le sebab orang lain buat jugak. Ada yang kata, kalau kita tak buat, nanti orang lain plak buat.

Tanya ketua unit Sains, dia kata ok sebab ini langkah menyelamatkan bumi kerana kami menyelamatkan pokok daripada banyak ditebang. Ish... macam teori Machivelli plak, tujuan menghalalkan cara. Tanya bos kat department, dia kata ok sebab upah kami tolong simpan dan tolong angkat ke tingkat bawah.

Ntah le, harap-harap halal le. Bukan ape, benda kalau tak halal dan jadi darah daging kita bukankah akan menjadi bara api di neraka ...

Ada sesapa bleh bagi fatwa ya...

Solat Tarawikh - Bab 4

Satu lagi perkara yang sronok tentang solat Tarawikh ni ialah apabila selesai solat. MOREH !!! Macam-macam ada kalau ikut kata ASTRO. Berlambak-lambak kerana pada bulan Ramadhan le orang suka bersedekah. Makanan yang banyak dihidangkan boleh dimakan bersama-sama selepas penat beribadat.

Tapi yang bestnya, apabila moreh time sudah datang. Macam-macam gelagat manusia kita boleh lihat. Sebaik sahaja doa solat Witir selesai dibacakan, ada yang berlari tak cukup tanah. Ada yang sanggup tak pakai selipar dulu kerana nak beratur mengambil makanan kat bawah kanopi. Ada yang ulang dua tiga kali sampai terlupa orang lain pun nak makan juga.

Ada suatu peristiwa yang aku lihat, seorang bapa dengan kedua tangan penuh dengan kuih muih yang dimasukkan dalam mangkuk polisterin melilau mencari anaknya. Tak lama kemudian, datangle 3 orang anaknya, 1 lelaki (abang) dan 2 pompuan. Dengan selamba mengarahkan anak-anaknya membawa balik lagi kuih ke rumah. Anak pompuan dua orang bergegas pergi, si lelaki (aku tau dia dah tau malu) trus sound ayah dia,

Tak nakle. Bukannya nak makan pun. Nanti tak habis, kita buang je. Membazir. Abang tak mau ambik...

Percuma budak tu kena marah. Dengan penuh kebengangan, dia pun terpaksa ambil. Aku merungut melihat situasi tu, orang umah sound.. baru je kloa masjid dah nak buat dosa. Bersangka baik, mungkin keluarga dia susah. Inilah cara dia nak beri makan famili dia...

Astaghfirullah ... aku ni suka sangat bersangka buruk. Betul jugak, semoga Allah merahmati keluarga ini.

Tup...tup... ketika nak naik kreta, barule ternamapak yang orang tu parkir kreta dia kat kreta aku. Oh tidak.... harga dua buah kereta mcm kreta aku dijual baru bleh beli kreta dia....

Kali ni tak tau nak bersangka baik atau tidak, jangan sepahkan keta ayah dengan kuih-kuih tu, ayah malas nak bersihkan.....

Macam-macam manusia ni ya ...

Demam + Sesema

Malam tadi lepas buka pose, aku tetiba diserang demam. Tak tau le nape. Orang umah kata aku saja nak bagi excuse tak nak pi Tarawikh. Jadi, malam tadi solat kat rumah je, orang umah meleter dari mula aku start angkat takbir sampai aku dah tak dengar sore dia. Bukan tak nak pergi, nak mengelakkan H1N1, ikut kata dalam TV.

Mana taknya, dari balik kerja sampai malam aku asyik bersin shj. Macam nak tecabut idung. Sian plak pada jemaah lain, kang terpaksa menyedut kuman aku. Aku dengor TV kata bila kita bersin, berjuta-juta virus akan tersebur bersama-sama titisan air liur. Kang jemaah lain rasa tak selesa plak. Sedangkan kalau makan bawang putih pun kita tak dibenarkan ke masjid (eh ya...ke).

Tapi insya-Allah malam ni aku janji pi masjid. Dia dah sound campur hantar sms berplo kali. Inilah sronoknya apabila kawin dengan ustazah; mesti kena leter kalau malas pi masjid. Yang penting kalau istri leter, dengar kan je. Kan ada suatu cerita tentang sahabat nabi yang tak tahan kerana asyik dileter oleh isterinya ingin meminta nasihat daripada Khalifah Umar r.a. Sesampainya dia di rumah, blum beri salam, kedengaran Syaidina Umar pun sedang dileter oleh isterinya. Maka balik le sahabat kerana di dalam hatinya, sedangkan Khalifah dileter isteri, inikan pula dia.

Perbuatannya dilihat oleh khalifah. Apabila ditanya dan diketahui maksud kedatangan, khalifah menasihatinya bahawa biarlah isteri berleter kerana ini adalah sebahagian cara mereka hendak melepaskan stress. Lagipun, mereka dari pagi hingga ke petang bekerja.

Oleh sebab itu, aku cuba mencontohi Syaidina Umar, walaupun dileter.... dengarkan aje.

Tuesday, September 1, 2009

Penat jawab telefon

Hari ini tak banyak buat kerja kat opis, asyik jawab telefon je. Jawab bagi pihak Bahagian peperiksaan. Macam-macam hal dan aduan maklumle exam dah dekat ni. Yang peliknya, bahagian kaunter akan trus sambung kat aku plak. Tak pe, janji aku boleh jawab. Jawab mesti kena jawab, kan Dato' Najib dah pesan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Daripada nak tanya MUET bila boleh ambil, sapa ketua pengawas, nama tak naik periksa, napa sijil SPM anak saya tak dapat-dapat dan sebagainya. Kalau ikutkan stress gak nak jawab sebab kita bukan yang bertanggungjawab tapi berkat pengalaman 4 tahun duduk berjiran dengan Bahagian Peperiksaan, insya Allah sumanya dapat dijawab.

Yang best orang Majlis Peperiksaan Malaysia call tanya data PTK. Jenuh aku nak jawab sebab ni fact. Bila tanya kat Bahagian Pperiksaan, selamba je dia jawab tak trima. Aku dengan penuh kelurusan bendulan telefon balik bagitau perkara yang sama (walaupun tau jap lagi aku kena basuh); minah kat ujun telefon tu sound, alamak, kertas yang kami bagi dah buat balut biskut raya, bleh plak jawab kata tak trima. Lepas tu dia gelakkan aku. Hampeh... Anyway, aku suka bercakap dengan dia sebab macam kawan lama. Petang tadi aku dah faks kat Eizlin borang tu, macam nama artis plak, patutle gelak power.

Tapi yang letih nak jawab hari ini ialah sorang parent buat aduan yang anak dia tidak didaftarkan dalam SPM tahun ini. Siap mengadu kat pihak atasan jadi aku yang tukang sambut kena settlekan masalah ni apabila mak dia salahkan sekolah. Siasat punya siasat, tak plak mak dia bagitau yang anak dia memang problem punya budak pompuan.

Tahun lepas asyik tak datang sekolah berbulan-bulan. Setelah hantar beberapa kali surat, terpaksa le diberentikan. Hujung tahun lalu mak dia datang kat opis buat rayuan untuk anak dia dibenarkan belajar. Kita luluskan dan sekolah dengan berat hati trima. Awal tahun ni, bulan Januari 4 hari je datang sekolah lepas tu tak dengar berita, tak jawab surat amaran, tak nak datang sekolah, parents buat tak tau, kena berenti buat kali kedua pada bulan 4. Tiba-tiba pagi ni datang tanya napa anak dia tak didaftarkan SPM. Tak ke pening kapla cikgu. Cikgu gak salah. Sian cikgu-cikgu kat sekolah tu.

Kekadang terfikir, ibu bapa ni senang menuding jari pada pihak sekolah tanpa mahu memuhasabahkan diri sndiri. Anak tak terjaga di rumah, guru juga disalahkan. Datang marah-marah sekolah tanpa sedar dia telah menepuk air di dulang, kan dah basah muka sendiri...

Apa le aku nak buat ni esok... Nak call mak dia nak nasihatkan ke atau nak lantak je...???? Menyesal plak pi angkat telefon masa tu....